About Me

header ads

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2021 KISAS: Perkongsian ilmu oleh S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor

 

Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir
(
S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor)

Bismillah. Alhamdulillah selesai Majlis Anugerah Kecemerlangan 2021 KISAS yang telah berjaya disempurnakan pada 24 September 2022. Alhamdulillah saya merupakan salah seorang dari guru yang menerima anugerah dalam majlis tersebut. 


Di dalam MAK 2021, yang paling menarik perhatian saya adalah sesi pidato yang disampaikan oleh Y.A.D Dato' Dr Hj. Anhar bin Hj. Opir, S.S Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor. Inti pati pidato beliau sangat menepati apa yang ada di bumi waqafan ini. 

Sedikit catatan isi pidato beliau:


Masa lebih mulia drp tempat.

Allah bersumpah dengan masa menunjukkan kepentingan masa. (Surah al Asr).

Tingginya darjat orang yang menuntu ilmu berbanding yang tidak. Allah mengangkat orang yang beriman dalam kalangan kamu dan yang berilmu beberapa darjat. (Al Mujadalah).

Tiada kecemerlangan melainkan bermula dengan yang sukar.

Sabarnya para ulama dalam menuntut ilmu : - siapa yang tidak mempunyai permulaan yang sukar maka tiada baginya penghujung yang gemilang. 

Teruslah menuntut ilmu dan memohon kepad Allah.


Kecemerlangan hari ini adakah menjamin kecemerlangan di masa hadapan?

Hadith Nabi saw : Adalah seorang daripada orang yang wujud daripada kamu seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin bertaubat .

Dia ditunjukkan kpd orang yang ahli ibadah - rahib menjawab si polan ini tiada peluang bertaubat. Lalu lelaki ini membunuh rahib itu dan menjadikan 100 orang dibunuh.


Ditunjukkan kepadanya lelaki alim.

Si alim menjawab, Ya. Dia ada peluang bertaubat. Dan siapakan yang boleh menghalang antara dia dan taubatnya kpd Allah.

Dengan syarat hendaklah tinggalkan negeri kamu, di sana ada orang yang menyembah Allah dan bersamalah dengan mereka.


 ⬆️Beza rahib dan alim.

Maka jadilah orang yang berilmu agar dapat membimbing masyarakat.


------

Kisah 3 orang yang diberi nikmat oleh Allah hanya 1 bersyukur kepada Allah.

Seorg Yang berpenyakit kulit.

Seorg Yang tiada rambut.

Seorg Yang buta.

Allah hantar malaikat kepada yang berpenyakit kulit.. apakah yang kamu paling suka.

Warna yang baik yang tiada sakit kulit supaya orang ramai suka kepadanya.

Maka dengan izin Allah sembuh dia.

Apakah harta yang kamu paling suka. Unta. Maka diberi unta sedang bunting.


Yang ke2 ditanya.. dia paling suka rambut dan haiwan lembu.


Yang ke3 ditanya... dia dapat melihat dan haiwan kambing.


Yang ada unta, lembu dan kambing berkembang biak .

Malaikat datang dalam rupa manusia meminta bantuan kepada mereka.

Yang pertama menjawab - tidak boleh. Kerana ramai yang minta maka tak dapat nak beri kamu. Dia lupa kpd Allah. Harta ini diwarisi dari nenek moyang saya, katanya.

Malaikat berkata jika dusta kamu akan dikembalikan kpd asal.


Lelaki ke2 juga sama seperit yang pertama.


Lelaki ke3 berkata ambillah banyak mana kambing yang kau mahu. Semua harta ini daripada Allah. Malaikat berkata peganglah harta engkau ini dan jaga.


Lelaki 1 dan 2 kembali kepada asalnya. Lelaki ke3 bersyukur dan kekal dengan kebaikannya.

Pengajaran:

Berilah sumbangan kembali kpd masyarakat. Allah banyak beri nikmat kepada kita termasuk nikmat kejayaan hari ini, MAK.


2 Kunci :

Dalam kalangan manusia ada yang menjadi pembuka kebaikan dan penutup kejahatan.

Ada yang jadi pembuka kejahatan dan penutup kebaikan.

Maka beruntunglah orang yang jadikan ditangannnya pembuka kebaikan dan celakalah orang yang menjadi pembuka kejahatan.

Alumni - jadilah pembuka kebaikan. Jangan jadi pembuka kejahatan, Nabi menyebut celakalah.

------






Post a Comment

0 Comments