About Me

header ads

Creating Creative Video-based Contents with iPad (Additional Mathematics) Top 5 Video

Bismillah, saya berpeluang untuk menyertai bengkel di dalam talian bertajuk "Boost up Your Teaching & Learning by Creating Creative Video-based Contents with iPad" anjuran Apple Professional Learning (APL) Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), DELIMA dan MARA.


Bengkel ini adalah percuma untuk semua peserta, apa yang diperlukan adalah iPad, kesungguhan dan masa adri peserta untuk berwebinar semasa hujung minggu yang disampaikan oleh penceramah-penceramah yang hebat dalam kalangan APL.


Peserta diajar bagaimana menggunakan applikasi di dalam iPad seperti Keynote, Imovie, Garage Band dan sebagainya bagi menghasilkan kandungan video yang menarik untuk kegunaan PdP para guru. Secara terperinci bengkel yang dihadiri adalah:

  1. Creating Creative Digital Illustration Content with Keynote on 21 February 2021 (9:00-10:30 PM)
  2. Creating Creative Digital Animated Content with Keynote on 27 February 2021 (9:00-10:30 PM)
  3. Optimizing Digital Content with GIF using Keynote on 28 February 2021 (9:00-10:30 PM) 
  4. Enhancing Sound and Music in Digital Content with GarageBand on 7 March 2021 (9:00-10:30 PM)
  5. Producing Video like a Pro with iMovie on 13 March 2021 (9:00-10:30 PM)
  6. Utilizing Green Screen in iMovie 20 March 2021 (9:00-10:30 PM)

Saya sendiri telah menghasilkan dua video PdP sebagai penyempurnaan tugasan ini iaitu video Matematik Tambahan bertajuk Pengamiran dan Persamaan Kuadratik;

 Video Pertama: Menentukan isipada janaan melalui pengamiran (integration).

Video Kedua: Menyelesaikan Persamaan Kuadratik dengan "Completing Square"


Alhamdulillah salah satu video saya mendapat tempat 5 terbaik. Oleh itu penganjur telah memberi Gold Award atas pencapaian ini. 

Sijil Pencapaian yang saya terima. 


Terima kasih instructors (Ust Shaqir, Dr Nidzamuddin, Dr Juff, Pn Noorzakiah, Pn Zaharah, Pn Asma, Dr. Azma, Cikgu Ell, Pn Aini, Ckg Razif, Dr Helmi dan ramai lagi; saya mula belajar dan berkenalan dengan keynote melalui paka-pakar ini seawal lock down (2020) yg byk buat perkongsian secara percuma, beymad menumpang belajar dalam ni, dan sebagai silent participant je hehe... Selama ni selalu ajak dan bimbing students je, kali ni cikgu sendiri pon sahut cabaran masuk competition sebegini.
Sebenarnya saya hanya ada iPad Air 2 yang dibeli tahun 2016... Apple Pencil pon dia tak support hehe... tapi kita try solve problem dengan mencari alternative Dan fikir macam mana nak maksimumkan sumber yang ada.
Banyak stylus pen yang saya cuba sehingga la saya mencuba Bluetooth stylus pen made in China; alhamdulillah berfungsi; maka mula lah berlagak seperti menggunakan Apple Pencil sketching pada keynote... malangnya gadget yang lama tidak berapa nak support GarageBand sebab storage iPad saya kecil.... so tak dapat la install dan guna GarageBand dalam ipad ini...
Semangat tetap ada untuk teruskan penghasilan content hanya guna keynote dan iMovie sahaja.
Bila nak buat finishing; timbul problem baru pala; tak dapat export video sebeb storage dah full hehe...
So beymad terpaksa delete smua apps termasuk keynote, kecuali iMovie dan video terlibat... baru la berjaya export kepada video ni...
Alhamdulillah terima kasih sekali lagi coaches, APL, DELIMA, UTEM, MARA, kawan-kawan dan semua pihak yang terlibat . finally dapat hantar tugasan ini dan mendapat kejutan seperti ini.

Post a Comment

0 Comments