Sepanjang PKP 2021 ni, saya dipenuhi dengan banyak program bersama #CikguJuaraDigital. Disamping pengurusan kelas PdPr yang agak mencabar, tidak menghalang sama sekali untuk rakan #CJD melengkapkan diri dengan ilmu terkini melalui bengkel dan seminar anjuran MDEC.
Ini memotivasikan saya untuk turut bersama rakan #CJD bagi menjayakan program yang dibawa oleh #MDEC #mydigitalmaker.
Group Photo peserta #CJD bersama CYBERTECH MALAYSIA |
Dimulai dengan Webinar oleh CYBERTECH Malaysia, SAM LABS - SESI BERSAMA CIKGU JUARA DIGITAL. Tajuk Webinar adalah Computational Thinking & Design Using SAM LABS diadakan pada 7 Julai 2021 bermula 2:30 petang sehingga 4:30 petang disampaikan oleh Mr Khai dan Mr Akhim.
Penggunaan SAM Studio dalam merancang projek menggunakan SAM LABS Kit. |
Perkongsian yang sangat menarik menggunakan SAM LABS Kit; bagaimana anak-anak dilatih menggunakan Computational Thinking dan Design dalam kehidupan seharian. Yang menariknya lesson plan juga disediakan bagi memudahkan para guru untuk melaksanakan aktiviti.
Courses by iTrain untuk #CJD |
Seterusnya Dato Eric Ku memperkenalkan iTrain kepada #CJD, iaitu bagaimana program dalam iTrain mampu Discover Educator Journey to be Industry 4.0.
Pengenalan iTrain buat #CJD |
InsyaAllah jika tiada halangan, semua #CJD akan melengkapkan kursus iTrain secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.
Hari Pertama Bengkel Computational Thinking |
MDEC juga telah menganjurkan Bengkel Computational Thinking (CT) selama 4 hari buat semua #CJD pada 22, 23, 26 dan 27 July 2021 yang disampaikan oleh Puan Eleanor.
Saya beruntung diberi peluang bergandingan dengan rakan #CJD seluruh Malaysia yang begitu sporting, energetik dan penuh ceria menjayakan program ini. Aktiviti melalui Breakout Rooms telah merapatkan lagi hubungan antara #CJD walaupun ramai dalam kalangan kami yang tidak pernah bertemu mata.
CT ini lebih merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan elemen CT yang mampu meningkatkan cara pemikiran murid menjadi lebih kreatif dan sistematik. Sesungguhnya masih banyak perkara dalam CT yang saya belum mahir, dan perlu belajar dari semasa ke semasa.
Cikgu Juara Digital is Back! Ya, setelah setahun Cik Khaty dan Cik Sagita kembali dengan Bengkel CS First Training Train The Trainer Programme kepada #CJD pada Sabtu, 24 July 2021 (10.00am - 5.00pm). Walaupaun kelihatan seperti Revision session, tapi banyak penambahbaikan telah dibuat dan ianya menjadi update kepada kami semua.
A refresher and updated version of Computer Science (CS) First by Google Education training delivered specifically for #CJD.
Terima kasih sekali lagi kepada #MDEC #mydigitalmaker melalui En. Johan yang banyak membawa program sebegini kepada kami. Saya menumpang belajar dan mengambil manfaat daripada program ini.
0 Comments