Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya kongsikan apa itu penyempurnaan kuasa dua. Saya menggunakan "tiles method" bagi menerangkan proses yang berlaku untuk melengkapkan penyempurnaan kuasa dua.
Langkah 1: Pekali bagi a dalam persamaan kuadratik mestilah 1. (sebab tu kita bahagikan dengan dua).
Langkah 2: Pindahkan nilai c iaitu -10 ke sebelah kanan (RHS). (kita tambahkan 10 di kedua-dua belah LHS dan RHS).
Langhak 3: Andaikan x² sebagai satu kotak segiempat sama (yellow) bersaiz (x darab x), manakala 6x digambarkan sebagai sebuat kotak segiempat tepat (blue) bersaiz (6 darab x).
Langkah 4: Kotak segiempat 6x dibahagikan kepada dua kepada 3x. Maka terdapat dua kotak segiempat bersaiz (3 darab x).Langkah 5: Cuba susun kotak-kotak yang ada untuk membentuk sebuah square (segiempat sama), namun terdapat kawasan yang lopang (tidak cukup tile untuk membentuk square).
Langkah 6: Oleh itu kita tambah satu tiles (green) untuk memenuhi kawasan square tersebut.
Rupa-rupanya nilai tiles yang titambah (green) itu adalah bersaiz (3 darab 3)... bersamaan dengan nilai b yang dibahagi dengan 2, kemudian dikuasaduakan seperti rajah di atas.
Langkah 7: Dalam persamaan, kita perlu tambah (b/2)² iaitu (6/2)² atau (3)² di kedua-dua belah kanan dan kiri (RHS dan LHS) bagi menyeimbangkan persamaan.
Langkah 8: Pemfaktoran yang berlaku di sebelah kiri (LHS) itulah yang dinamakan penyempurnaan kuasa dua (completing square) seperti rajah di atas. Langkah 9: Maka boleh la selesaikan persamaan untuk mencari nilai x seperti dalam video penuh di atas. Selamat mencuba.
Contoh lain video lengkap menunjukkan maksud penyempurnaan kuasa dua. Semoga bermanfaat untuk anak-anak sekalian.
0 Comments