About Me

header ads

Aku, Dia dan Sekolah 4

 

Buku antologi Aku, Dia & Sekolah 4 kini dalam pasaran. Kali ini ada 15 orang penulis semuanya. Buku pun lebih tebal, 432 halaman. Alhamdulillah saya buat julung kalinya terpilih untuk menjadi salah seorang dari penulis tersebut, masih baru. Saya masih belajar untuk memantapkan seni penulisan ini dan menumpang belajar dari penulis-penulis lain yang banyak pengalaman.


Terima kasih saudara Hazwan Hamdan (Thor), seorang guru English yang memang hebat, beliau memperkenalkan saya kepada projek penulisan ini. Memberi peluang untuk saya bermula dengan langkah pertama. InsyaAllah semoga istiqamah dan terus menulis. 

“Cikgu, jom ngajat.” Jerit Roland, salah seorang murid yang aku ajar.
Roland dan rakan-rakan sedang membuat latihan tarian ngajat untuk persembahan. Hebat, macam ni rupanya tarian ngajat. Rentak dan alunan muziknya macam serasi denganku. Ya, dikir barat. Muzik tradisional seperti ini menjadi sebahagian minat dan meresap ke dalam jiwa aku. Patut la aku rasa serasi. Aku perhatikan sahaja gelagat mereka berlatih tarian ngajat. Aku melihat bagaimana cara nak mula, dan bagaimana lenggok yang perlu dilakukan.
Tiba-tiba aku melompat masuk ke dalam kumpulan mereka diiringi dengan sorakan gembira serta gelak tawa anak-anak muridku. Aku cuba menari ikut rentak bunyi gong, belasah je rentak lenggok tarian, sungguh sumbang. Tapi tak mengapalah, itu cara untuk aku menyantuni anak-anak didikku yang berbangsa Iban. Mereka gembira dan aku jadi lebih rapat dengan mereka.
“Lepas Gawai, cikgu ajar kamu dikir barat, mahu?”
Soalan spontan yang keluar daripada mulut aku menyebabkan semua muridku tadi terhenti bercakap seketika, memandang wajah aku. Mereka teruja.
Tapi alatan untuk berdikir tak ada pula. Alahai, aku ni memang cari penyakit betul. Kalau duduk diam-diam dan tengok budak ngajat kan lebih memudahkan kerja aku. Tidak mengapa, aku juga rasa bertanggungjawab untuk menyumbang dan berkongsi budaya dengan mereka. Lagipun, aku dapat rasakan dikir barat dan ngajat ada keserasian. Duduk merantau di pedalaman Sarawak ni mesti penuhkan ruang masa dengan pelbagai aktiviti. Jika tidak, akan rasa kekosongan dalam jiwa ini. Apabila dah kosong jiwa, mulalah rasa tidak seronok, rasa nak keluar dari dunia mereka. Tetapi bagi aku, ini sebahagian daripada cabaran pertama yang aku perlu lulus untuk terus berbakti di pedalaman Sarawak.
- petikan buku Aku, Dia & Sekolah 4


Jom baca buku.. siapa berminat nak beli buku ini dengan saya, boleh la tinggalkan pesan pada inbox facebook atau twitter. Terima kasih. 



Post a Comment

0 Comments