About Me

header ads

CikgooTube dan BeyMad

Bismillah. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. BeyMad rasa ada sedikit ruang dan masa untuk bercerita dan kempen berkenaan aktiviti CikgooTube ni. Sebenarnya BeyMad terjebak, tak tersengaja masuk dalam team CikgooTube ni. 



Ianya bermula apabila idea timbul bila nk bagi task kepada pelajar SAKURA semasa balik bermalam. Buat konsep penerangan berkenaan AddMath melalui video recording pada iPad. Dan upload dlm Youtube. Masa ni tak tau pon selok belok youtube, main belasah je. Video pon kira kategori "cap ayam" je dengan audio ke laut dan tak bunyi sangat. 

Pasukan SAKURA bersama Cikgoo Hailmi semasa IUCEL 2019 di UNIMAS.

Tetapi semasa IUCEL 2019 di UNIMAS, Terjumpa Cikgu Norhailmi dan berlaku lah sesi sharing secara sepontan. Bagaimana konsep flipp classroom, perkongsian video.... selepas tu baru mula terfikir untuk meneruskan usaha ni. Belajar sikit-sikit dari kawan-kawan, group telegram, blog, youtube, dan semua saluran yang ada. 

Dari situ bermula dengan galakan, inspirasi, sehingga terwujudnya team CikgooTube ni. Tapi sayang, BeyMad belum lagi mengikuti mana-mana kursus secara rasmi berkenaan dengan penghasilan video youtube dalam pendidikan ni, sebab tu slow sikit kerana belajar sendiri sedikit demi sedikit mengenai video editting, teknik buat video PdPc, membuat PdPc live guna OBS, Live FB dan sbg... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, tapi masih banyak belum diterokai secara teknikal nya. 

Dan kali ni Beymad ingin memperkenalkan CikgooTube team. Boleh layari web cikgootube.net untuk lihat aktiviti semasa Team CikgooTube. 

Kenali #cikgooTUBE
1. Dimulakan oleh Dr. M
2. Guru menerbit kandungan mereka sendiri
3. Menggunakan Platform Youtube
4. Diteraju oleh komuniti

Dr. M sewaktu lawatan ke Jepun begitu tertarik dengan projek pengajaran menggunakan video pakar mereka. Beliau seterusnya meminta pihak KPM agar idea ini dapat diadaptasi dalam persekitaran pendidikan Malaysia. KPM menerusi BSTP (dahulunya dikenali sebagai BTP) diberi peranan untuk menjayakan hasrat ini.

Dalam projek ini, guru perlu mencipta serta menerbit kandungan pembelajaran mereka sendiri. Guru bebas berkarya mengunakan apa sahaja teknik dan gaya pesembahan. Untuk meningkatkan kualiti penerbitan, para guru akan dilatih dengan kemahiran yang asas dan lanjutan. Para guru juga boleh mendapatkan bantuan BTP Negeri untuk khidmat rakaman, kepakaran pembangunan kandungan serta penerbitan.

Para guru digalakkan mewujudkan saluran sendiri di Youtube kerana platform ni percuma dan mudah diakses oleh lebih ramai audien. Pihak BSTP akan membantu para guru meningkatkan jumlah subscribers agar guru dapat pula menjana pendapatan menerusi ciri pengiklanan pada Youtube. Inisiatif ini akan memberi motivasi kepada guru untuk sentiasa hadir dengan persembahan yang lebih kreatif dan menarik.

CikgooTUBE sebenarnya milik komuniti. Peranan BSTP hanyalah untuk memberi sokongan kepada para guru untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti menerusi khidmat latihan, nasihat dan sebagainya. Setakat ini, 600 guru telah dikumpul di platform Telegram dan lebih 2000 likes di Facebook page. Pasukan cikgooTUBE secara rasmi telah dilancarkan pada 12 Disember 2019.

Post a Comment

0 Comments