About Me

header ads

Abe Mad & IUCEL 2019

Di Booth E-Teacher semasa IUCEL 2019
Pada 21 hingga 22 Ogos 2019, SM Sains Kuching Utara (SAKURA) buat julung kalinya telah menyertai Karnival e-Pembelajaran Universiti peringkat Antarabangsa (IUCEL) 2019 di UNIMAS, yang telah menyaksikan penyertaan terbanyak sejak edisi pertama karnival berkenaan semenjak tpada tahun 2015. Sebanyak 190 inovasi, reka cipta dan produk berkaitan e-Pembelajaran telah dipamerkan semasa karnival dua hari berkenaan. IUCEL disertai oleh pelbagai institusi pengajian tinggi, syarikat, dan sekolah dari Malaysia dan antarabangsa. 

Semua Peserta IUCEL 2019 bergambar bersama VIP

Acara tahunan ini dianjurkan bersama oleh UNIMAS, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dan Pusat e-Pembelajaran Malaysia (MyCEL). Acara ini berfungsi sebagai platform untuk mempromosi dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam pengaplikasian e-Pembelajaran merentasi semua tahap pendidikan dari seluruh dunia.
Cikgu Norhailmi Turut sama dalam IUCEL 2019
Tema IUCEL 2019 ialah “Inspiring Innovations for Sustainable Futures” atau “Menginspirasikan Inovasi untuk Kelestarian Masa Hadapan” memberikan signifikasi yang penting dalam menyeru perubahan amalan yang lebih mapan dan inovasi yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti. Selain daripada pertandingan inovasi dan reka cipta yang ditaja oleh OpenLearning Global, IUCEL2019 turut melibatkan aktiviti untuk guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah. Pertandingan E-Teacher dikhaskan kepada inovasi yang dihasilkan oleh guru-guru di Malaysia manakala STEAM@Schools memberikan keutamaan kepada projek-projek pelajar dalam subjek sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik. 
Project entitled: ARIBO by Nur Natasha binti Ramzan & Aeillyessther Mcryance anak Jiper; Guided by Ms Sharifah Aminah binti Wan Idrus (Gold Award).
YBhg Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Bin Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia, dalam ucapan penutupan beliau menyatakan bahawa penganjuran IUCEL menunjukkan komitment berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyokong Matlamat Ke-4 dalam Matlamat Pembangunan Lestasi, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDG) iaitu pendidikan berkualiti. Beliau menekankan bahawa kebangkitan kaedah, paradigma, dan aplikasi baharu dalam pendidikan adalah tidak dapat dielakkan dalam era menuju Revolusi Perindustrian Ke-4. E-Pembelajaran dalam hal ini telah menjadi pemangkin dalam membentuk acuan tenaga kerja negara pada masa hadapan. 
Project entitled: The Use of Robotic in the Learning of Blood Circulatory System of Human by Ms Azrinawati Jinep Jiheng & Mr Ahmad Adham Berhaumidin (Gold Award)

Dalam pada itu, Naib Canselor UNIMAS, YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, menyatakan bahawa IUCEL2019 dianjurkan pada masa yang tepat kerana pada tahun 2019, UNIMAS telah menjadikan “
Memupuk Siswazah Masa Depan: Memperkasakan Kecemerlangan Pengajaran, Meningkatkan Pengalaman Pelajar” sebagai agenda utama. Pada tahun 2019, UNIMAS telah membuat lonjakan yang cemerlang dalam ekosistem e-Pembelajaran universiti agar graduan yang dihasilkan sentiasa peka terhadap perubahan semasa. Hal ini dalam dilihat dari segi pertambahan bilangan kursus teradun dan kursus atas talian secara besar-besaran (MOOCs) yang ditawarkan menerusi rakan strategik OpenLearning Global. Pencapaian ini jelas menunjukkan UNIMAS adalah antara institusi terbaik di rantau ini dalam mengetuai transformasi yang amat diperlukan dari segi kemahiran dan pemikiran tenaga kerja pada abad ke-21. 
Project entitled: The Use of Robotic in the Learning of Blood Circulatory System of Human by Ms Azrinawati Jinep Jiheng & Mr Ahmad Adham Berhaumidin (Won Secondary School e-Learning Awards)
Semasa upacara penutupan, YBhg Prof Dr Mohd Cairul Iqbal Bin Mohd Amin, turut menyampaikan pingat kepada pemenang pertandingan inovasi dan angerah e-Pembelajaran untuk sepuluh kategori termasuk anugerah untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Acara sebegini diharap dapat memberikan inspirasi kepada pembangunan lebih banyak inovasi dalam e-Pembelajaran terutamanya dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pengajaran dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Kontijen SAKURA yang hadir
SAKURA menyertai IUCEL 2019 dengan menghantar 1 penyertaan dalam kategori E-Teacher dan 2 penyertaan dalam kategori STEAM@School. 

Pencapaian SAKURA, 
E-TEACHER: 

1) Project entitled: The Use of Robotic in the Learning of Blood Circulatory System of Human by Ms Azrinawati Jinep Jiheng & Mr Ahmad Adham Berhaumidin. 
(Gold Award & Won Secondary School e-Learning Awards).

STEAM@School:


1) Project entitled: ARIBO by Nur Natasha binti Ramzan & Aeillyessther Mcryance anak Jiper; Guided by Ms Sharifah Aminah binti Wan Idrus (Gold Award).
2) Project entitled: Power Wheel by Aleesha Farhana binti Mohd Hasnain & Georginna Unice Telen ak Gilbert; Guided by Ms Nurul Fitri Liana Binti Hassim (Silver Award).

(Dipetik dan diubahsuai daripada Sarawak News Network). 
Sijil dan Medal Gold Award
Sijil dan Piala Iringan Bagi Anugerah E-Pembelajaran Sekolah Menengah
Jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua SM Sains Kuching Utara yang memberi ruang dan peluang serta menyokong penuh program ini, PIBG yang menyediakan sumbangan, Barisan Pengurusan SAKURA, semua warga SAKURA yang banyak membantu dan menyokong dari segi teknikal, anak-anak team robotik SAKURA, English Panel dan semuanya... Kejayaan ini adalah bukti kejayaan kerjasama dari semua warga SAKURA. 

Post a Comment

0 Comments