About Me

header ads

Abe Mad Beraya Di Perantauan: Sudah Menjadi Kebiasaan.

Keratan Sinar Harian 2016
SAYA mula bertugas sebagai guru di Kapit, Sarawak pada November 2008. Cuti sekolah akhir tahun tinggal beberapa hari sahaja dan hari raya haji jatuh pada waktu itu.

Disebabkan baru posting, urusan gaji tak selesai lagi, tidak mampu hendak beli tiket balik beraya. Berpakat dengan rakan-rakan lain senasib, kami beraya di Kapit.

Kapit merupakan pekan kecil di kawasan pedalaman, di mana Muslim adalah minoriti. Namun sambutan hari raya sangat meriah. Memang terasa seperti sambutan orang kampung di zaman-zaman dahulu.

Sebaik selesai solat sunat hari raya, masyarakat kampung sudah menjemput ke rumah walaupun tidak kenal. Siap iring kami supaya ke rumah, dijamu dengan sebaris penuh kek lapis pelbagai warna dan corak, dengan kuih tradisional Melayu Sarawak dan air karbonat.

Sifat ukhuwah sangat erat dan saling mengenal. Mereka tahu kami ini cikgu, nampak dari segi gaya dan perwatakan kami juga selalu berjemaah solat dan menjadi imam di masjid.
Lama-lama rasa seronok pula beraya di sana. Selepas lima tahun di Kapit, saya pindah ke Sekolah Menengah Sains (SMS) Kuching Utara (SAKURA), Kuching. Saya pun kerap beraya di sini.

Sambutan taklah semeriah Kapit, tapi masih tetap unik. Kalau nak tengok orang Melayu berpakaian baju Melayu bersampin selama sebulan, bolehlah datang ke Kuching. Teknologi perhubungan sekarang telah mendekatkan jarak dengan keluarga jauh.

Saya guna panggilan video untuk melepaskan rindu bersama kedua keluarga saya dan isteri, terutama di pagi hari raya. Halangan untuk saya pulang pertama cuti pendek. Seminggu tak cukup dan memenatkan untuk perjalanan.

Contoh dari Kapit untuk sampai ke Kota Bharu ambil masa dua hari perjalanan termasuk untuk naik bot dan penerbangan. Pergi balik sudah tiga hingga empat hari. Itu tidak termasuk masa terbuang sebab kesesakan jalan di Semenanjung.

Halangan kedua tiket penerbangan habis sebab tangguh beli. Kadang-kadang harga melambung tinggi di musim raya, jadi tak mampu sebab lebih bajet. Jika sesiapa berada dalam situasi saya, eloklah seperti masuk kandang kambing mengembek.

Perlu cari kenalan dan rakan di kawasan setempat. Pasti kita tidak rasa kesunyian. Selami resam, bila kita kenal, pasti akan jatuh cinta. Kali ini saya sengaja ambil peluang beraya di sini untuk merasai suasana beraya di Kuching.

Mungkin lepas ini, kembali ke Semenanjung, tidaklah dapat beraya di Sarawak, jadi jangan sia-siakan peluang. Tambahan di Kapit, suasananya seronok, dengan masih ada budaya bertamu, jiran-jiran datang, kemudian rakan-rakan kalangan bukan muslim (Cina, Iban, Kenyah, Orang Ulu) turut datang bertamu.

Di sini, ada lagi bunyi meriam buluh menghangatkan suasana raya!

- Cikgu Ahmad Adham Baharuddin, 31-
Kuala Krai, Kelantan

Post a Comment

4 Comments

monalea said…
saya anak sarawak yang merantau di semenanjung rindu dengan suasana di swk bila tibanya lebaran...
Muallim Adham said…
slm..
Umie Adli,

ya betul.... Pengalaman saya melihat anak watan sekembalinya ke Sarawak bersama keluarga meraikan hari raya.... rasa sgt bermakna... semangat dan "roh" hari raya itu sungguh mengujakan..

semoga saudara diberi peluang dan keizinanNya untuk kembali ke kampung halaman berya pada masa akan datang.
CikguAyudotMy said…
Kita tetap meraikan kemenangan Syawal. Moga dimurahkan rezeki bey, kembali ke kelantan 😁
Muallim Adham said…
Cikgu Ayu, terima kasih byk2 atas doa dan bantuan... tok guru blog beymad teerrrr