2016 tugas sebagai guru penasihat bertukar lagi. Kali ini, Abe Mad ditugaskan jaga ragbi pulak. Ragbi sukan yang diminati Abe Mad walaupon tak la pernah bermain secara serius. Kerana sukan utama Abe Mad adalah tenis. Maka dari semasa ke semasa, Abe Mad kena belajar dan ambil tahu asas sukan ragbi untuk keperluan pasukan.
Pasukan Ragbi SAKURA masih lagi dalam proses pembangunan seiring dengan usia sekolah yang setahun jagung. Walau dalam keadaaan serba kekurangan, rutin latihan diteruskan dan usaha berterusan dilakukan bagi meningkatkan pencapaian pasukan. Tahun 2016, pasukan ragbi SAKURA memulakan perlawanan persahabatan dengan sekolah disekitar seperti SHOAW, Kolej Abdillah, KV Matang dsb. Perlawanan ini sebagai persediaan untuk SAKURA menyertai Kejohanan SBP 10's Zon SQL.
SBP 10's di Miri pada tahun ini, SAKURA hanya mencapai naib johan kategori Bowl di belakang SAINSKU. Dalam serba kekurangan ini, Pasukan Ragbi SAKURA amat berharap bantuan dan sokongan dari semua pihak sama ada agensi kerajaan, NGO dan swasta.
Sebagai sekolah berasrama penuh, pelajar SAKURA tidak hanya cemerlang dalam akademik, malah turut dituntut cemerlang dalam aspek kokurikulum disamping memupuk bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar selaras dengan cogan kata "DI SINI PEMIMPIN DILAHIRKAN".
Saya percaya dalam sukan ragbi, dapat memacu dan membangunkan modal insan yang diperlukan bagi melahirkan bakal pemimpin masa depan dalam kalangan pelajar SBP. Kita amat berharap ada pelaburan dari pihak luar dalam membantu visi dan misi ini. Mana-mana pihak yang berminat nak membantu Pasukan Ragbi SAKURA sama ada dari segi kewangan dan tenaga atau khidmad nasihat, boleh la menghubungi pihak sekolah atau direct ke email saya dehewaraspak@gmail.com
0 Comments