Bismillah. Ramai ibu bapa yang mengharapkan pencapaian cemelang akademik anak-anak. Diperingkat sekolah rendah dan menengah rendah, tentu ramai ibu bapa yang mengimpikan anak-anak untuk mendapat tempat belajar di SBP atau MRSM. Sedia maklum, kemasukan pelajar ke SBP atau MRSM adalah berdasarkan kecemerlangan akademik UPSR dan PMR/PT3 masing-masing untuk kemasukan di tingkatan satu dan tingkatan empat.
Jom subscribe
Namun, persiapam akademik semata-mata tidak mencukupi bagi melayakkan anak-anak terus belajar di asrama penuh. Banyak aspek perlu dipertimbangkan; bukan sahaja anak-anak perlu bersedia, ibu bapa juga perlu bersedia bagi memastikan kemandirian dan momentum kehidupan anak-anak di asrama penuh akan berjaya dan mencapai objektif.
Beberapa perkara perlu diambil kira di SBP.
Struktur kawalan dan penjagaan yang berterusan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan pelajar meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Menghindari gejala negatif dan pengaruh buruk rakan sebaya seperti merokok, dadah, dan lain-lain seperti di sekolah harian. Di sekolah berasrama seperti SBP dan MRSM, gejala ini terkawal dan jika didapati ada kes sedemikian, pelajar tersebut terdedah kepada undang-undang tegas seperti dibuang sekolah.
Aktiviti pembelajaran juga lebih tersusun kerana pelajar di sekolah sedemikian perlu mematuhi jadual yang ketat seperti jadual pembelajaran berguru (sekolah), kelas persediaan (prep), solat berjemaah, riadah, dan sebagainya.
Lepasan SBP dan MRSM biasanya lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain lebih berdikari ilmu yang mungkin tidak diperolehi di sekolah harian.
Hidup sistematikManusia perlu ada rutin, kerana dengan rutin ini mereka boleh belajar banyak perkara dalam hidup. Sebagai contoh, di asrama penuh, perlu awal pagi untuk subuh berjemaah, diikuti rutin sarapan pagi, kelas akademik, prep, riadah, aktiviti kerohanian waktu magrib, prep malam dsb. Kalau dilihat, aktiviti pelajar penuh dengan aktiviti berfaedah. Tiada GADGET, Tiada SMARTPHONE, dsb. Namun masih ada ruang pelajar untuk menonton televisyen, mendengar muzik, melayari internet dsb. Namun dalam kuantiti yang terkawal dan tidak sampai membuang masa.
Meluaskan kenalan -
Kewujudan teknologi maklumat dan kebanjiran gadget, menyebabkan dunia anak-anak sekarang kurang bersosial. Bersosial di laman sosial sangat berbeza dengan bersosial di dunia nyata. Ini lah masanya untuk menyediakan anak-anak berdepan dengan dunia realiti berdepan dengan pelbagai ragam masyarakat. Ini dapat meluaskan ruang sosial anak-anak. Mereka akan mengenal erti sahabat dsb dan akhirnya dapat meneruskan cabaran hidup apabila dewasa kelak.
Memaksimakan potensi diri.
Di SBP pelajar akan bersaing dengan pelajar yang terpilih. Persaingan sihat ini secara tidak langsung akan memaksimakan potensi diri anak-anak bukan sahaja dalam bidang akademik, malah kokurikulum. Jika nak dibandingkan dengan prestasi akademik, kebanyakan pelajar SBP adalah cemerlang dalam akademik, yang membezakan mereka ada penampilan, lebih berani, gaya, kepimpinan, kepetahan bercakap, daya juang dan pelbagai softskill lain. Ini lah yang akan digilap bagi menjadikan diri mereka adalah yang terbaik dari kalangan terbaik.
Program akademik.
Terlalu banyak progam akademik seperti kem akademik, kem pecutan, motivasi, strategi menjawab peperiksaan, kelas tambahan, kelas tolakan dsb.. sehingga tak muat nak letak aktiviti dalam takwim. Maka biasanya tak perlu lagi pelajar SBP hadiri kelas tuisyen di luar. Maka ibu bapa tak perlu risau tentang akademik anak-anak, kerana ianya terjaga. Cuma masalah pada pelajar tu sendiri sama ada mahu ikut atau tidak.
Aktiviti ko peringkat SBP/kebangsaan
Antara sukan teras di SBP adalah ragbi, hoki, kriket, basketball dan netball, Manakala ada juga pertandingan berbentuk akademik seperti debat dsb, dipertandingkan antara seluruh SBP Malaysia, ianya setaraf dengan peringkat kebangsaan. Pelajar hanya perlu melibatkan diri dan berlatih bersungguh-sungguh setiap petang. Tak perlu lagi bersusah untuk bertanding dalam MSSD, MSSN dan MSSM yang memakan masa terlalu lama. Sebab tu ibu bapa perlu galakkan anak-anak bermain setiap ptg, jika latihan diikuti setiap hari, pekembangan motor anak-anak akan bagus, pertumbuhan otot bagus, daya tahan otot bagus, stamina akan menngkat, maka risiko kecederaan akan kurang. Kita faham, ramai ibu bapa takut anak-anak injured dan ganggu pelajaran. Itu berlaku sebab tidak turun latihan, tapi bila ada game, nk main, maka injured la. Jika pelajar jadikan setiap ptg adalah rutin bersukan, bukan sahaja pelajar akan cergas, body posture juga akan cantik spt model. Sebab tu pelajar SBP apabila masuk IPT, akan aktif bersukan dan cergas dalam semua aktiviti.
Belajar hidup susah - kuatkan jati diri.
Di SBP pelajar akan mula berdikari basuh baju, kemas barang peribadi, belajar untuk makan makanan kebanyakan, disiplin pada masa, pantas bertindak dsb. Kesusahan itu perlu untuk rekrut diri pelajar bina jati diri. Sebagaimana jalan pejuang, hidupnya penuh dengan mehnah, bukannya kesenangan. Erti kesusahan ini akan mentarbiah pelajar dan hanya akan terasa nikmatnya bila mereka keluar dari SBP nanti.
Mengembara
Program antara SBP menyediakan ruang untuk pelajar travelling seluruh Malaysia melalui kem perkhemahan, seminar, sukan dsb. Secara tidak langsung membina jaringan perhubungan yang luas antara pelajar, ini akan berterusan apabila mereka ke IPT dan memasuki dunia pekerjaan.
Perlu ada persediaan dari segi fizikal dan mental
Rutin kehidupan asrama perlukan persediaan. Sudah tentu pelajar baru akan mengikuti sesi orientasi, dan kebiasaan sekolah dan senior tidak akan memberi tekanan kepada pelajar baru. Namun sokongan perlu diberi oleh ibu bapa untuk anak-anak cepat adapt dengan suasana asrama d SBP. Kita tak nak, ibu bapa pula yang tak tahan berjauhan dengan anak-anak. So, kesemua pihak perlu kuat dan saling memberi sokongan.
Kesihatan yang baik
Sebelum mendaftar masuk ke SBP, pelajar diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan. Pelajar perlulah mempunyai kesihatan yang baik untuk belajar di SBP. Bukan kerana diskriminasi, tetapi pelajar SBP perlu aktif dan cergas serta independent. Mereka perlu berdikari dan bertenaga dalam setiap aspek.
Pertimbangan:
Antara pertimbangan yang perlu bla berada di SBP adalah seperti berkiut.
Homesick. Rasa dominan tinggal dirumah, tidur dalam kuantiti yang lama, menonton televisyen, melayari internet, makan makanan yang sedap-sedap dan mewah, bebas berjalan dsb. Perlu kawal perasaan ini.
Beradaptasi - kena cepat biasakan diri dengan asrama SBP. Jika dalam tempoh orientasi, masih tidak dapat adapt, maka perlu buat sesuatu untuk biasakan diri dengan rutin, jadual, aktiviti, tiada gadget dsb.
Ikut peraturan- Petuanya senang, ikut lah peraturan. Pelajar ada peraturan di SBP. Ibu bapa juga ada peraturan; seperti tidak boleh sesuka hati bawa anak keluar, perlu ikuti jadual yang dirancang sekolah, waktu melawat, dsb.. Peraturan ini menjaga keamanan dan kerukunan hidup di SBP. Andaikata tidak diikuti, sia-sialah semua ini.
Makanan. Pelajar perlu biasa makan apa yang ada. Semuanya berkhasiat, cuma cara masakan mungkin menyebabkan rasa tak seberapa. Tapi itulah rutin di asrama. Orang-orang terdahulu yang pernah hidup d asrama SBP dimana kini telah berjaya dalam bidang masing-masing turut makan makanan asrama sebegini.
Semoga bermanfaat. Wslm
2 Comments