About Me

header ads

SM Sains Kuching Utara (SAKURA)

Bismillah. Sedar tidak sedar sudah 7 bulan kawe berkhidmad di SM Sains Kuching Utara atau lebih dikenali dengan SAKURA. Tiada langsung perancangan untuk berkhidmad di sini, jauh sekali terfikir untuk kembali ke SBP. Namun ini la yang dikatakan perancangan Allah. Boleh jadi kita membenci sesuatu, tetapi itu la yang terbaik buat kita. Kawe percaya semua ini adalah yang terbaik Allah takdirkan buat hambaNya. Paling penting kita terus istiqamah beramal dalam memberi walaupun hanya sekelumit.

Jom subscribe Channel Cikgu Adham




Izinkan kawe perkenalkan serba sedikit mengenai SAKURA. Mungkin boleh menjadi panduan buat pembaca sekalian.
 

SAKURA yang terletak 10 minit dari peusat bandar Kuching beralamat Lot 2666, Lorong 6A9, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak, telah ditubuhkan pada Ogos 2012 dan mula memgambil pelajar pada September 2012 seramai 16 orang dengan seorang pengetua, seorang penolong kanan pentadbiran dan 5 orang guru. Namun SAKURA mula beroperasi pada 1 Januari 2013. Pada akhir 2013 SAKURA memiliki 286 pelajar (tingkatan 1, 2 dan 4) dan 10 orang guru. Pada 2014, SAKURA sudah melengkapi semua batch tingkatan 1 hingga 5 dengan seramai 468 pelajar dan 59 orang guru. 

Di SAKURA, setiap batch diberi nama berdasarkan nama tokoh saintis terkemuka. Bagi pelajar tingkatan 5, mereka dikenali sebagai Galielo. Manakala tingkatan 4, 3, 2 dan 1 masing-masing dikenali sebagai Newton, Edison, Curie dan Einstein. Kelima-lima saintis ini disusun mengikut zaman dimana Galielo adalah antara saintis terawal muncul seterusnya diikuti Newton, Edison, Curie dan Einstein. 

Sebagaimana SBP lain di Malaysia, sistem rumah memainkan peranan penting dalam segala aktiviti di sekolah. Ianya tidak hanya terhad dalam sukan dan permainan, tetapi pelajar bersain antara rumah dlm semua aspek seperti akademik, disiplin dan sahsiah dalam mewujudkan suasana persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar SBP. SAKURA terdiri daripada 4 rumah iaitu Aero (kuning), Ignis (merah), Terra (hijau) dan Aqua (biru). Guru dan staf juga terlibat dalam sistem ini. Nama 4 buah rumah ini adalah berdasarkan 4 elemen alam semulajadi iaitu api, udara, air dan tanah. 


Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, 
 Lot 2666, Lorong 6A9, Jalan Matang, 
93050 Kuching, Sarawak. 
Tel: 082-646540
Fax: 082-646543

Post a Comment

8 Comments

Unknown said…
jumpa pun sudah blog cikgu... haha
Muallim Adham said…
Tahniah... Tak susah nak cari...
Al-Manar said…
MA,

I notice you are a very well qualified educator with excellent extra curricular activities, a very rare quality among teachers I know. I wish you were around my area to help me with educating a large number of 'anak yatim'.

My late father -in-law was a member of staff at Tg Malim Teachers' Training College, the premier college before Merdeka. There is still an old family home in Kalumpang village, just few km south of Tg Malim.

Thank you for your visit. I would be delighted to get to know you and family. My email almanar@pd.jaring.my.

Salaam to you
Al-Manar said…
Sepintas lalu cikgu nampaknya sudah lama bertugas di negeri Sarawak. Pengalaman semasa muda merantau adalah satu anugerah Tuhan. Tidaklah seorang guru tetapi sayapun pernah keSarawak, Brunei dan Sabah semasa bertugas dalam tahun 1964 - 1968. Sudah adakah cikgu masa itu?

Kalau melalui KT dalam perjalanan ke Kelantan singgah lah di kampong saya. Yang menakjubkan, bila umur sudah diibaratkan sudah lewat petang saya bertugas sebagai guru tanpa gaji dengan cugan kata 'Berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan'. Kalau tidak menjadi keberatan, bolehkah cikgu email saya sedikit tentang cikgu dan latar belakang keluarga. Banyak soalan tentang pelajaran yang ingin saya tahu disuasana luar Bandar.

email saya almanar@pd.jaring.my

Terima kasih dan salaam hormat
Fatinnur Badrina said…
Assalamualaikum. haaa i've been here in 2014 for program jaringan mesra with smk kampung pasir puteh, ipoh. im one of smk kampung puteh's students. it such a wonderful memory that's not that easy to forget, seriously. i miss 'bonda' the pengetua and some of my friends there. in shaa Allah, nanti kamik jumpa kitak lagi :)))
monalea said…
dah bertukar ke kuching ye cikgu. lama dah tak masuk blog ni...
Muallim Adham said…
wslm kak..
auk sudah 2 tahun di kch.. kmk pon lama sudah tidak uodate blog.. takde masa sgt skrg..