About Me

header ads

Tragedi Isya


Bismillah. Seperti kebiasaan malam itu, masjid riuh dengan kehadiran sahabat yang cintakan berjemaah. Walaupun hidup dalam kalangan masyarakat Muslim yang minoriti, namun roh berjemaah di Kapit masih ada. Alhamdulillah. Secara jujurnya kawe mengakui seronok dengan suasana begini. Lebih mollek sekiranya ada pihak yang berkuasa untuk menggerakkan program ilmu ke masjid ini bagi menarik lebih ramai lagi muslimim dan muslimat mengimarahkan masjid. Itulah sifat kemanusiaan. Kita diajak berkumpul kerana ilmu, bukan kerana sesuatu material semata-mata. 

Saya memerhatikan para jemaah datang berjemaah juga kerana ilmu. Ada suatu sudut yang menjalankan kelas mengaji, tidak kurang juga sudut tertentu membentuk halaqah anak muda yang saya pasti usrah secara santai diadakan membincangan masalah kontemporari. Begitulah dahaganya masyarakat terhadap ilmu. Itu adalah ilmu secara langsung. Bagaimana pula dengan ilmu secara tidak langsung? Iaitu kita belajar dari pengalaman. 

Alhamdulillah, masjid kapit mengamalkan dasar terbuka menerima semua lapisan sosial. Ilmu secara tidak langung yang kawe maksudkan adalah "ditolak menjadi imam solat". Sebagai contoh, di waktu isya merupakan waktu kemuncak kehadiran jemaah dalam solat 5 waktu di Kapit. Imam masjid selalu memberi laluan untuk jemaah lain terutamanya anak muda mengimami solat isya. Dan kita janganlah menolak apabila diminta untuk mengimami solat. Secara tidak langsung ianya merekrut kita untuk lebih sempurna dalam solat: iaitu dengan berusaha untuk lebih khusyuk dan memperbaiki mutu perlaksanaan solat yang dilakukan. 

Nabi S.A.W dalam hadis menyebut ciri-ciri imam solat ialah:
"Hendaklah yang menjadi iamam bagi sesuatu kaum (jemaah) itu sesiapa yang paling baik dalam kalangan mereka bacaan kitab Allah (al-Quran). Jika mereka itu sama dalam bacaan, maka (pilih) yang paling mengetahui sunnah. Jika mereka itu sama, maka (pilih) yang paling awal hijrahnya. Jika mereka itu semua sama, maka (pilih) yang paling banyak usianya" (HR Muslim). 

Kadang-kadang terkeluar juga peluh jantan memikirkan betapa beratnya untuk menjadi imam. Ditambah pula apabila ditolak secara paksa rela oleh rakan jemaah lain. Tetapi alah bisa, tegal biasa. Jika dikatakan "aku tidak layak", sampai bila kita akan berkeadaan sedemikian. Jika kita sedar yang kita tidak layak, maka kita berusahalah mencari ilmu untuk turut layak menjadi imam solat kerana sebagai lelaki, anda mesti menjadi imam sekurang-kurangnya untuk keluarga anda. 

InsyaAllah kita sama-sama cuba menjadi imam yang terbaik dengan berterusan memperbaiki kelemahan diri dan sentiasa mendalami ilmu. 

Wallahualam. 

Post a Comment

0 Comments