Bismillah. Pada 27 Jun 2012 kami menerima rombongan dari Baitulmal Sarawak (cawangan Sibu kut) hadir memberi penerangan berkenaan zakat untuk rakan muallim SMK Selirik khasnya buat guru-guru baru yang ingin membuat pembayaran zakat. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Pernah juga kawe dengar ceramah Ust Azhar Idrus bahawa zakat pendapatan adalah tidak wajib . Hanya Mazhab Maliki je yang mewajibkan zakat pendapatan, itu pon dalam qaul lain. Walaubagaimanapun, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, bagi menyucikan pendapatan kita, seeloknya kita membuat pembayaran zakat pendapatan ini.
Zaman sekarang begitu mudah boleh membuat pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji. Dan ianya boleh direbat bagi pembayaran "income tax".
2 Comments
Salam. Maaf jika mengganggu. Kami sedang menjalankan satu kaji selidik khas untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai proses penggubalan kertas soalan samada untuk kerja sekolah, ujian bulanan atau peperiksaan besar. Kaji selidik ini hanya mengandungi 14 soalan mudah dan mengambil masa kurang dari 5 minit untuk menjawab. Jika berminat boleh layari laman web di bawah:
http://mysoalan.com/kajiselidik
Saya juga berharap agar anda dapat menyebarkan kaji selidik ini kepada rakan-rakan guru yang lain. Terima kasih!