About Me

header ads

Comunity Service SMK Selirik 2012

Sg Yong, Kapit Sarawak. Pada 18 Feb 2012 Program Jiwa Murni (Community service) yang di anjurkan oleh persatuan MAPATES SMK Selirik di Rh Manok Manchal merupakan satu program kemasyarakatan yang melibatkan para pelajar, guru dan staf SMK Selirik serta kerjasama dari Alumni UiTM Dayak Graduate Association (UDGA). Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan potensi diri dan memperbaiki tahap disiplin diri serta merangsang minda pelajar dalam membina matlamat dan mencari jalan menuju kejayaan.selain itu juga progran yang di anjurkan ini juga mendedahkan para pelajar dengan cabaran-cabaran kehidupan pada masa sekarang serta secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar-guru-ibubapa dan mencapai sasaran disiplin sifar. Antara aktiviti program yang di lakukan adalah seperti aktiviti gotong - royong membersihkan kawasan Rh Manok Manchal. Selain itu aktiviti menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan Rh Manok Manchal juga dilakukan.Ini bertujuan menerapkan rasa kecintaan para pelajar dan masyarakat akan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan disamping mengindahkan lagi kawasan tersebut. Peserta program juga terlibat dalam menyediakan juadah makanan tengahari yang melibatkan juadah tradisional masyarakat Iban seperti "pansoh" dan ulam-ulaman. Menurut Cikgu Ahmad Adham Berhaumidin, menu masakan tradisional Iban ini memberi pengalaman baru kepada rakan guru yang berasal dari Semenanjung Malaysia kerana ianya hanya terdapat di Sarawak. Sungguh tidak disangka bahawa masakan rinkas ayam dan ikan di dalam buluh bercampur ulam-ulaman tempatan meberikan rasa yang sungguh enak pada tengahari tersebut.

Sebelah petang, para pelajar tingkatan 6 SMK Selirik bersama kanak-kanak Rh Manok Manchal terlibat dalam sukaneka sebelum acara BBQ di Sungai Yong.

Post a Comment

0 Comments