Setiap ruang berkaitan wanita sering diserang dan dilihat serba-serbi tidak kena oleh masyarakat bukan Islam hatta segelintir umat Islam sendiri.
Pakaian wanita yang menutup aurat dan batasan tertentu terhadap pergerakan mereka di luar rumah dilihat sebagai mengongkong dan menyekat kebebasan wanita Islam.
Isu poligami dan hak perceraian yang diberikan kepada lelaki Islam memberi tanggapan bahawa wanita Islam ini ditindas dan perlukan pembelaan. Seterusnya, mahkamah syariah dianggap bersifat tidak ’gender sensitive’ terhadap wanita disebabkan kes-kes perceraian di mahkamah yang kelihatan tidak memihak kepada wanita.
Ini hanyalah segelintir isu yang dikongsikan. Banyak lagi hal kecil dan besar berkaitan wanita dalam Islam dijadikan isu dan sensasi sehingga ramai sekali yang menyangka wanita yang mengamalkan Islam adalah golongan yang ditindas, dianiaya dan dinafikan haknya.
Sesungguhnya salah faham terhadap ajaran Islam dan syariah ini perlu diperbetulkan dari semasa ke semasa. Amat rugi apabila salah faham ini menutupi keindahan sebenar Islam dan betapa sejahteranya wanita di bawah naugan syariah.
Kita akur, usaha-usaha menangani masalah persepsi yang silap mengenai Islam telah dilaksanakan oleh ramai pihak. Namun begitu ia masih belum mencukupi sehingga berupaya mengubah pandangan salah tersebut.
Mesej Islam sebagai pembawa rahmat kepada keseluruhan alam mesti disampaikan dengan jelas kepada setiap ahli masyarakat. Banyak fakta dalam al-Quran, as-sunnah atau sejarah Islam itu sendiri telah membuktikan bahawa wanita Islam sentiasa dilindungi kehormatan dan maruahnya serta tidak dianiaya atau dipandang hina oleh mana-mana anggota masyarakat apabila Islam diambil secara syumul.
Mesej Islam sebagai pembawa rahmat kepada keseluruhan alam mesti disampaikan dengan jelas kepada setiap ahli masyarakat. Banyak fakta dalam al-Quran, as-sunnah atau sejarah Islam itu sendiri telah membuktikan bahawa wanita Islam sentiasa dilindungi kehormatan dan maruahnya serta tidak dianiaya atau dipandang hina oleh mana-mana anggota masyarakat apabila Islam diambil secara syumul.
Syariat Islam yang dilaksanakan sepenuhnya dapat memastikan keselamatan dan kesejahteraan setiap ahli masyarakat.
Sekarang kawe sedang menungu kehadiran novel "Awak Suka Saya Tak" yang ditulis oleh Melur Jelita. Di sini banyak ibrah kita bleh pelajari melalui kisah hidup sebenar berkenaan wanita dan secara amnya utk kita yang cintakan kasih sayang.. itu lah kasih sayang sebanar.
(Dipetik & diubahsuai daripada Malaysia Harmoni)
4 Comments
setuju dan sokong! Tunggu ASST..insyaALLAH mudah2an menjawab dan mengangkat wanita ke kedudukan yang sebenarnya..dimulia dan dihormati oleh Islam
Antara sebab pandangan negatif tersebut ialah kerana sifat muslim itu sendiri.
Wallahu A'lam.
Ros Illiyyuun, ya saya sgt setuju dgn anda. terima kasih. ini la usaha yg perlu kita dan semua pihak utk memberi "faham" kepada msyrkt muslim ttg penghayatan Islam. kita tak nak msykt muslim kenal islam hanya utk peperiksaan.. kit amahu generasi kita kenal islam sbg cara hidup