“Bandingan (pahala) orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi setiap yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (Kurniaannya) lagi Maha Mengetahui". (al-Baqarah: 261)
Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya". (Hadith Riwayat Muslim).
KONSEP WAKAF
Terminologi wakaf berasal daripada perkataan Arab “waqafa” yang bermaksud berhenti, menegah dan menahan. Dari segi istilah, wakaf telah diberikan beberapa takrif seperti:
1. Syed Sabiq (Fiqh al-Sunnah) – Wakaf ialah menahan harta dan memberikan manfaatnya pada jalan Allah.
2. Sahiban Abu Hanifah; Abu Yusuf dan Muhammad bin Hassan – Wakaf ialah menahan ‘ain mawquf (benda) sebagai milik Allah atau pada hukum milik Allah dan mensedekahkan manfaatnya ke arah kebajikan dari mula hingga akhirnya.
3. Dr. Muhammad Al-Ahmad Abu Al-Nur, bekas Menteri Wakaf Mesir – Wakaf ialah harta atau hartanah yang ditahan oleh pemiliknya sekira-kira dapat menghalang penggunaannya dengan dijual atau dibeli ataupun diberikan sebagai pemberian dengan syarat dibelanjakan faedahnya atau keuntungannya atau hasil mahsulnya kepada orang yang ditentukan oleh pewakaf.
Alhamdulillah sekarang timbul banyak kesedaran dalam masyarakat kita mengenai kepentingan wakaf. Masyarakat mula sedar pentingnya wakaf dalam pembangunan ummah. Selain satu kaedah sedekah berterusan, iaitu bukan sahaja membolehkan pewakaf mendapat pahala berterusan, tetapi penerima mendapat faedah berterusan.
RUKUN WAKAF ada 4 namun ada sesetengah berpendapat ada 3 iaitu;
- Orang yang mewakaf.
- Harta yang diwakafkan.
- Penerima wakaf.
- Lafaz wakaf.
Syarat sah wakaf adalah seperti berikut;
A) Orang yang mewakaf;
- Orang yang mewakafkan hartanya mestilah mampu, waras dan tidak gila.
- Harta yang diwakafkan bukan dipaksa. (wakaf dengan kerelaan).
- Harta yang diwakafkan adalah harta sendiri (bukannya harta orang lain seperti contoh dalam cerita 3 Abdul, Abdul Wahub memberi zakat menggunakan harta Sadik Sigaraga).
- Orang yang mewakaf masih hidup, namun Ulama berpendapat harus diwakafkan ata nama si mati oleh pewaris.
B) Harta yang diwakafkan mesti la jelas.
C) Penerima wakaf;
- Haram mewakafkan kepada diri sendiri (mesti penerima lain).
- Tidak sah wakaf dengan syarat bertempoh (contohnya aku wakafkan tanah ni sehingga 2020 apabila aku pencen).
- Terdapat 3 keadaan: (1) wakaf di awal (contohnya pemberi wakaf terus melafaz wakaf sebaik sahaja membeli barang wakaf spt saya wakafan sajadah ni untuk masjid). (2) Wakaf di akhir (contohnya, "apabila aku mati, aku wakafkan rumah ni untuk anak2 yatim A"). (3) Wakaf terputus di tengah2 (Saya wakafkan rumah ni untuk anak2 rumah yatim A, jika tutup saya akan wakafkan kepada rumah anak yatim B).
D) Lafaz wakaf. Perlulah jelas kerana bimbang berlaku perkara berangkit di kemudian hari dimana waris tidak tahu bahawa harta itu telah di wakafkan oleh simati. Boleh melalui lisan atau secara bertulis (melalui isi borang).
Rujukan:
1) Fiqh Manhaj (Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 5; Bab 20: Wakaf).
2) Wakaf dan Peranannya dalam Pembangunan Ummah oleh Hj. Mohd Nazri Chik dalam
2 Comments
Contoh, saya hendak bersedekah wang kepada si A, atas Masalah tertentu, saya tidak dpt memberi wang tersebut kepada sinA.. Jadi saya berniat "mewakafkan wang tadi kpd org lain" boleh mcm tu ker?
jika ada jawapan yang lebih baik, di alu-alukan, kerana saya sendiri pon masih belajar, \
artikel ini hanya perkongsian saya semasa kuliyah lepas magrib di pondok sg durian suatu ketika dulu..
wslm