About Me

header ads

Mengingati Mati; Sikap terpuji

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu kawe ucapkan selamat beribadat di bulan Ramadhan buat semua sahabat Muslimin dan Muslimat. Berkenaan dengan akhlak Muslim, pasti kita terfikir mengapa Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mengingati mati. Malah antara 10 sifat Mahmudah (sifat terpuji) yang diajarkan Islam ialah mengingati MATI. Bak kata Allahyarham Cikgu Naik (pendikir barat sohor kelantan) dalam lagu karut beliau;

"Oh mati..oh mati.. Ingat ghetek ko mati
Hok idup wojib mati.. Tokleh elak tokleh lari
Oh mati.. oh mati.. mitok jange mati free"


Mengingati mati sebenarnya bukanlah sifat negatif, malah ianya merupakan sifat positif yang dituntut kerana ianya boleh menghidupkan jiwa kita untuk lebih produktif agar lebih maju, bersatu dan lebih giat berusaha untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Hati kita perlu dihidupkan dengan mengingati mati. Persoalan sekarang ialah dimana kedudukan hati kita. Dimanakah kedudukan kita dari 3 keadaan manusia berikut;

1) manusia yg lupa mati.
2) Manusia yg takut mati.
3) Manusia yang ingat mati.

Cukuplah kematian sebagai Tazkirah. Daripada Ibnu Umar, bertanya seorang Ansar kepada Rasululla, "Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh?"
Rasulullah SAW bersabda, "Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untknya, mereka itulah orang yang cerdik" (Kitab Baghyatul Haris, vol.1).

MANUSIA LUPA MATI.
Ada manusia sengaja melupakan mati kerana ingin terus bergembira di dunia dan mati baginya seolah2 tidak perlu difikirkannya. Malah mereka sering mengatakan "..kalau asyik ingat mati je, macamana kita nak maju dan berjaya". Golongan ini hanya akan ingat mati apabila ditimpa kesakitan. Minta jauh dari sikap sebegini.

MANUSIA TAKUTKAN MATI.
Bagi golongan ini, mati merupakan 1 trauma yang sangat meresahkan. Mereka ingat mati, namun kesan ingatan mati mereka adalah negatif. Kalau boleh mereka tak ingin wujudnya istilah mati. Sikap ini menyebabkan kemurungan dan sering termenung. Ini berlaku kerana mereka tidak mendapat tarbiah rohaniah yang betul menyebabkan ni jiwa mereka sudah "mati' sebelum mati. In juga berpunca kerana kekurangan ilmu tentang kematian dan tidak bersedia menghadapi mati disebabkan kejahilan dan lambakan dosa2 yang tidak diminta ampun. Golongan ini ubat dia adalah mesti segra bertaubat.

Manusia yang bersedia menghadapi mati akan sentiasa:
1) Berbuat baik (pada diri sendiri, keluarga & masyarakat).
2) Tabah hadapi ujian (redha dengan segala ujian Allah demi mengharapkan kesenagan akhirat).
3) Segera bertaubat (kerana perkara paling hampir adalah mati).

MANUSIA INGAT AKAN MATI.
Golongan ini mempunyai fikiran yang sentiasa menumpukan pada matlamatnya. Ini lah rahsianya mengapa Islam menyarankan agar umatnya sentiasa mngingati mati. Ingat akan mati bukannya sesuatu yang pasif dan jumud, bahkan sesuatu yang dinamik, aktif dan produktif. Ini kerana fokus kepada "KEHIDUPAN SELEPAS KEMTIAN" memerlukan kita berusaha bersungguh2 di dunia sekarang (iaitu sebelum kita mati) sebagai bekalan nanti.

Semoga kita dapat memupuk sikap mengingat mati dalm jiwa kita seterusnya mencintai mati. Semoga umat manusia sekarang menjadi generasi yang mencintai mati.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Ust Pahrol Mohamad Juoi,
Majalah Solusi, Isu No.8 2009)

Post a Comment

0 Comments