Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 7-9 Julai 2011, Unit kaunseling SMK Selirik menganjurkan Program Khas Motivasi SPM 2011 untuk pelajar tingkatan 5 SMK Selirik. Objektif program adalah memberi kesedaran kepada pelajar tentang peperiksaan SPM pada bulan november nanti dan memberi semangat untuk pelajar terus berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan kelak.
Program motivasi ini melibatkan semua guru dan pelajar tingkatan 5 yang merangkumi sesi ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), aktiviti riadah dan kembara rimba (jungle tracking). Pelajar juga menjalani latihan dan aktiviti bagi mebina jati diri dalam diri pelajar serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
2 Comments
lambtny nk kne tunggu nc mnyk dio :)
Jom Jenguk:
Kamu Melayu? Apa kamu tak sayangkan bangsa? Tak cintakan Bahasa? Tak terfikirkah tentang anak-anak kampung? Jangan pentingkan diri sendiri! Jangan hina dan perlekeh bahasa kita!