Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh Borneo Post Online bertarikh 28 May 2011 yang bertajuk "Guru Pantai Timur dinasihat tidak bawa budaya negatif ke Sarawak" sebenarnya sangat menguris hati dan perasaan saya dengan kenyataan ini. Tidak dinafikan kenyataan akhbar menjelaskan tidak semua guru yang bersifat sedemikian. Namun kenyataan ini telah memberi gambaran yang negatif buat semua guru dari pantai timur terutamanya dari Kelantan yang berkhidmad di Sarawak. Secara tidak langsung kenyataan ini telah menjadi satu generalisasi kepada rakyat Sarawak bahawa itu la sifat guru dari Kelantan yang mengajar di Sarawak.
Kenyataan ini juga menyebabkan ada segelintir guru yang menjadi tidak lagi bersemangat untuk berkhidmad di Sarawak. Malah lebih teruk menjadi satu trauma dan fobia kerana bimbang kehadiran guru-guru dari Kelantan ini tidak diterima oleh sesetengah masyarakat. Bukankah ini boleh dijadikan sebagai satu ancaman kepada guru tersebut?
Hakikatnya melalui pengalaman saya mengajar di Kapit, saya mendapati masyarakat tempatan adalah sangat positif menerima kehadiran kami. Saya bukan sahaja berkawan dengan rakan-rakan berketurunan Iban, juga dengan masyarakat Cina, Kenyah dan Melanau.. Mereka semua adalah kawan yang baik, saling hormat menghormati, tolong menolong dan penuh toleransi menyebabkan saya sangat gembira melakukan aktiviti dengan mereka.
Tetapi saya bimbang dengan kenyataan sebegini boleh menjadi racun kepada perpaduan yang ada selama ini. Konsep orang "Malaya" dan orang "Sarawak" patut dihapuskan kerana kita semua adalah satu rumpun sebagai masyarakat yang mendukung Rukun Negara Malaysia.. Tujuan saya menulis ini bukan lah untuk menjadi pembangkang, bukannya juga menulis kerana nama.. tetapi konsep "Kulil haq, walau ka na murran" saya dukung untuk membuka minda masyarakat dan bukannya untuk menyempitkan lagi minda masyarakat sebagaimana dakwaan pihak tertentu.. kita perlu sedar bahawa mata pena itu lebih kuat daripada mata pedang.
Diminta jangan lagi mengapi-apikan api perpecahan sebegini.. Kerana jelas saya sentiasa berkongsi suka duka kehidupan di Sarawak di dalam blog saya ini. :Lihatlah bukti-bukti aktiviti yang telah kami lakukan walaupun tanpa peruntukan dan hanya mengharap sumbangan peribadi kerana iini semua kami angap adalah sebahagian tangungjawab sosial yang harus kami pikul sebagai pendidik.
6 Comments