About Me

header ads

Berhati-hati dengan Melioidosis

Bismillah. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua (al-Isra':82).
Buat sahabat sekalian. Sepanjang kawe berkhidmat di Kapit, sudah banyak kawe menjumpai kes Melioidosis yang menyerang penduduk tempatan termasuk juga rakan-rakan Muallim yang mengajar di pedalaman Sarawak. Sehingga mencatatkan beberapa kematian.

Melioidosis juga dikenali sebagai Whimore, sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Burkholderia Pseudomallei. Bakteria ini djumpai dalam air dan tanah yang tercemar dan merebak kepada haiwan dan manusia jika tersentuh dengan air atau tanah yang tercemar ini.

Ianya amat mudah untuk mengjangkiti manusia. Biasanya 3 cara biasa bakteria ini mengjangkiti manusia. Diantaranya melalui sentuhan secara langsung manusia dengan tanah atau air yang tercemar. Selain itu, ia juga boleh dijangkiti apabila manusia meminum air yang tercemar atau luka pada kulit yang terdedah kepada air atau tanah yang tercemar. Dan juga ianya boleh dijangkiti melalui mulut terutamanya selepas hujan lebat atau angin kencang.

All cases of melioidosis, even mild disease, should be treated with initial intensive therapy (at least two weeks of intravenous therapy) followed by eradication therapy orally for a minimum of three months. B. pseudomallei is characteristically resistant to penicillin, ampicillin, first- and second-generation cephalosporins, gentamicin, tobramycin, and streptomycin

Post a Comment

0 Comments