Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Sempena cuti sekolah 11-20 Mac 2011 baru-baru ini, kawe mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah atas pernikahan sahabat kawe. Dalam cuti tersebut sebenarnya Ramai sahabat kawe yang mengadakan walimah. Namun atas sebab kekangan masa dan tempat, kawe hanya sempat menghadiri 3 walimah sahaja.
Sahabat kawe dari Kuala Krai, Fahmi selamat diijabkabulkan pada cuti lepas. Kawe hanya sempat ziarahinya pada 15Ma2011. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Juga sahabat kawe semasa kawe belajar di SMK Kuala Krai, Ainun yang selamat diijabkabulkan pada 10Mac2011. Di sini lah kawe berjumpa dengan ramai sahabat2 lama semasa bersekolah dulu. Juga kawe berjumpa cikgu2 kawe.
Ini lah dia barisan sahabat kawe di Kuala Krai (Siti Amira, Azira, Zuriah, Shahira, Tini dan Fatimah) bersama guru kami, Cikgu Royaha dan Cikgu Sabariah. Minta maaf la sahabat lelaki lain sebab demo mari lewat, tak sempat nk snap gambar hak hak..
Dan juga saudara kawe, Dr Mohd Haidir Ariffin dan Dr Zubaidah Bt Saizul yang selamat akad pada 11mac2011 di Pasir Mas. Kedua pasangan doktor ni berkhidmad di HUSM Kubang Kerian merupakan sahabat berkncip kawe la hek hek..Semoga sahabat2 awe semua dalam Barakah Allah dan sentiasa dicucuri Rahmat atas ibadat pernikahan ini..
0 Comments