About Me

header ads

Sungai Spela, Kapit

Salam.. Buat sahabat sekadar perkongsian aktiviti Muallim dgn anak2 kami di SMK Selirik buat tahun 2011 ini. Pada 12 Feb 2011 kami mengadakan aktiviti berkhelah dengan anak2 U6B SMK Selikrik 2011 ke Sg Spela. Lokasi ini sebenarnya berada di belakang sekolah kami.

Untuk ke destinasi, kami terpaksa berjalan meredah anak-anak sungai dan hutan serta mendaki bukit selama 1jam untuk sampai ke tapak prekhelahan. Bagi yang tdak biasa, maka akan terasa perit cabaran untuk ke destinasi ini.

Aktiviti kami disertai pelajar U6B (ada beberapa yg x dpt join) dan guru2 (Ckg Adham, Ckg Nazri, Ckg Megat, Ckg Azizol dan Ckg Joanna), serta Abonzz. Alhamdulillah anak2 kami semua begitu lasak dan tidak ada masalah dalam perjalanan kecuali beberapa yang pancit hak hak..

Sesampainya kami di tapak "picnic", kami meneruskan aktiviti mandi dan BBQ. Penghargaan buat anak2 cikgu yang begitu lasak membawa makanan dan ayam2 BBQ jauh ke dalam hutan. Cikgu memang tak terfikir pon begitu jauh untuk sampai ke tempat ni.

Aktiviti begitu meriah dan buat pengetahuan semua, ini adalah aktiviti sulong kami bersama anak2 dalam tahun ni. Selagi ada ruang dan waktu, selagi itu insyaAllah kami akan terus mengisi masa yang ada dgn semanfaatnya. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Post a Comment

0 Comments