About Me

header ads

Senyum itu indah


Bismillah. Firman Allah,

“dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis” (An Najm:43).

Rasulullah SAW sendiri suka bersenda gurau, bercanda, dan ketawa. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yg ‘akrab’… kerana ketawa PADA TEMPATNYA boleh mengakrabkan hubungan, malah boleh mendamaikan pihak2 yang bersengketa.

Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulum al-Din, menulis bahawa Ali bin Abi Thalib pernah menceritakan bahawa Rasulullah adalah seorang yang periang, ramah, orang yang paling banyak tersenyum di hadapan para sahabatnya, merasa kagum terhadap apa2 yang dibicarakan para sahabatnya itu bahkan kadang2 tertawa hingga terlihat gigi gerahamnya.

Namun, Islam MELARANG tertawa yang berlebihan, kerana boleh ‘mematikan’ hati. Bagaimana tertawa yang mematikan hati itu?

Untuk hal ini, dari berbagai buku-buku, disebutkan bahawa yang dimaksud dengan tertawa yang mematikan hati adalah tertawa yang membuat kita lupa kepada ALLaH SWT, seperti:

tertawa ketika melakukan perbuatan2 zalim,
• tertawa ketika mendengar ayat2 ALLOH SWT yang menjelaskan siksa neraka,
• tertawa ketika seseorang menjelaskan ilmu2 agama.

Tertawa seperti inilah yang dilarang.

Kategori Humor tujuannya untuk menghibur, namun dengan harapan hiburan ini tidaklah membuat hati kita membatu dan lupa kepada ALLaH SWT.
Akhirnya mari kita mencintai senyum, kerana senyum itu indah.....indah untuk diri kita juga untuk orang lain. Semoga bermanfaat..

Post a Comment

4 Comments

Hafriz Mohamad said…
Senyumlah krn snyuman itu bisa mncairkan hati yg skeras batu..
hihi ^_^
Muallim Adham said…
salam..

Hafriz, wah thnks.. mmg betul...
hafez j malim said…
senyum itu sedekah syeikh...
Muallim Adham said…
Hafez,
ya sungguh sheikh.. pakat senyum la kita deh