About Me

header ads

Lawatan ke Rh Enting, Ng Banyau, Balleh, Kapit Sarawak

Bismillah. Salam buat smua sahabat. Pada 22-23 Jan 2011 berlangsungnya Program Karnival Mesra Belia di Rh Enting, Ng Banyau dun N.56 Balleh, Bahagian Kapit, Sarawak yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi keraaan yang lain. Peelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan turut hadir menjayakan program ini.


Perjalanan Kami bermula dari Pekan Kapit dan menaiki van selama 45minit untuk ke Lepong BAlleh dimana di sini adalah penghujung jalan berturap bahagian Kapit. Selepas itu kami perlu menaiki perahu untuk menyeberangi sungai ke Rh Enting.

Sebagai Pegawai Sukarela askar wataniah, kawe turut terlibat dalam program ini. Program ini juga turut disertai artis tanahair seperti Mila AF5 dan enah apa nama AF8 seperti gmbar di atas.. Sorry la kawe memang x kenal sgt artis hehe. dan juga Mus (may) Aizat (exist) dan artis2 lainyang memang kawe ni jenis tak kenal artis sangat la.. Sorry la wahai artis, sebab kawe tak kenal sangat anda.. Namun yang penting artis2 ni turut menyumbang kepada program khidmad masyarakat ini.

Setibanya kami di Rh Enting, kami disambut dengan meriah la, dan sangat tidak disangka dengan sambutan ini. Selain disertai oleh Kompeni C, BN1 Rej510 Kapit, rakan2 kawe yg lain dari Kapit SFA turut sama menjayakan program. Terima kasih kepada rakan2 lain yag turut memeriahkan program seperti Lt Cikgu Kuiek Boon Siau, Ckg Taqi, Ckg Ashraf, Ckg Adnan (PKG Kapit), Ikhwan, Hamdi, dan lain2 (sorry tak sempat nk tulis nama anda).

Dalam masa yang sama, kami ambil kesempatan untuk ziarah ke SK Ng Mujong yang terletak di belakang Rh Enting. SK Ng Mujong dikategorikan sebagai sekolah pedalaman kategori 1 (P1) kerana perlu menaiki perahu dan tiada kemudahan jalan untuk ke sekolah ini. Suasanaya cukup cantik seperti berada di perkampungan tradisional yang jauh dari kesibukan bandar.

Ini lah dia barisan rakan2 Muallim Kapit yang bernaung di bawah Kapit Street Fotballer Airport (Kapit SFA) sama-sama memeriahkan dalam program amal ini. Banyak pengalaman dan aktiviti menarik kami ikuti. Walaupun mempunyai perbezaan dari segi agama dan budaya, namun masyarakat di sini amat memahami keadaan tetamu Islam seperti kami dan kami tiada masalah untuk melaksanakan ibdat dan mendapatkan makanan halal. Terima kaih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur. Sungguh meriah berada dalam program ini yang dipenuhi aktiviti seperi Futsal, Kem ilmu, persembahan artis, Ponco2, Karaok, Tarian ngajat dsb..


Dan tidak dilupai juga Band iringan dari 3 Renjer yang memeriahkan persembahan mala tersebut. SUngguh mantap persembahan anda..

Post a Comment

0 Comments