About Me

header ads

Lawatan ke Rh Miaw, Katibas, Song, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 25 Sept 2010 gabungan guru semenanjung Bahagian Kapit mengadakan program lawatan sosial ke Rh Miaw, Katibas, Song, Sarawak. Kami berkumpul di Wharf kapit jam 0630 pagi dan menaiki ekpress ke Song pada jam 0700. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit menaiki bot ekpress dan mengambil masa setengah jam menaiki van ke Rumah PAnjang ini. 

Setibanya di Rh Miaw, kami disambut oleh penghuni dengan cukup meriah.. Setibanya kami, penghuni dan Tuai rumah menanti di pintu masuk dengan bendera Malaysia. 

Di pintu masuk, semua penghuni Rh Miaw sudah siap bersedia berbaris menyambut ketibaan kami dengan bersalaman dan diiringi dengan musik tradisional iban. 

Kami di bawa melawat ke semua pintu dalam Rh Miaw diiringi dengan tarian ngajat. Sambutan di luar jjangkaan ini sungguh meriah menyebabkan kami semua terharu. 

Ketua rombongan, Cikgu Kuiek memberi ucapan dan menyampaikan sumbangan buku kepada Tuan Rumah untuk diagihkan kepada anak-anak di Rh Miaw. Buku-buku tersebut terdiri daripada buku rujukan dan buku latihan merangkumi semua subjek bagi UPSR, PMR, SPM dan STPM. 

Antara ucapan terima kasih yang diberi kepada penghuni Rh Miaw oleh Cikgu Kuiek. 

Antara aktiviti kami ialah mengadakan sesi motivasi dan LDK khas antara guru dari Kapit dan anak-anak di Rh Miaw. Kami pecahkan beberapa kumpulan kecil mengikut tahun dan peperiksaan. 

Semasa sesi ini, guru banyak memberi tunjuk ajar dan sentuhan akhir dalam menghadapi peperiksaan dan berkongsi cerita dan pengalaman dalam dunia pendidikan serta memberi semangat kepada anak-anak untuk terus maju dalam kehidupan.. 

Setelah itu kami dihidangkan dengan masakan tradisional Iban iaitu Ayam Pansoh dan Ikan Pansoh, iaitu sejenis masakan yang di masak dalam buluh dan dibakar seperti lemang. Sungguh menyelerakan dan "nyamai" (sedap) masakan tersebut. 

Semua guru dan peserta lawatan tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah yang sungguh istimewa ini. 

Selepas merarau (makan tengah hari), kami tidak melepaskan peluang untuk solat zuhur berjemaah. Tuai Rumah begitu perihatin tentang keperluan rombongan yang majoriti beragama Islam dengan menyediakan tempat untuk kami menyempurnakan tanggungjawab. Terima kasih yang tidak terhingga buat JKK Rh Miaw. 

Suasana di dalam Rh Miaw sungguh selesa. 

Begini la keadaan kami di salah satu ruang dalam rumah panjang ini. Dihidangkan dengan minuman dan biskut hehehe. 

Sebelum pulang, Tuai Rumah menghadiahkan cenderahati buat rombongan didahului oleh krtua rombongan kita... 

Diantara perserta yang mengambil bahagian dalam lawatan ni.. bersama sebahagian penghuni Rh Miaw


Yang ni mantap juga.. Penghuni Rh Miaw membuat aktiviti tarian heheh.. tarian ponco-ponco. Dan berjaya menarik beberapa peserta rombongan untuk turut serta dalam aktiviti ni..

Akhir sekali apabila kami pulang, semua penghuni menghantar kami sehingga ke luar pintu dan melambai-lambai kepada kami. Sungguh terharu atas sambutan ni... 

Post a Comment

2 Comments

pijankodok said…
salam cikgu.. wah best, best... ikan pansoh ngan ayam pansoh..hmmm... macamana lah rasanya... teruja ingin merasai nya.... ahh..
Muallim Adham said…
wslm..
rasanya sedap hehehhe..
x rugi sapa yg join...