About Me

header ads

Indahnya Islam: Islam sebar rasa damai


Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. APA yang menjadikan Islam sebagai agama kedamaian? Nama Islam itu sendiri sesuatu yang amat unik. Itulah pertama kalinya dalam seluruh sejarah agama di dunia ada agama secara harfiah bermakna kedamaian.

APA yang menjadikan Islam sebagai agama kedamaian? Nama Islam itu sendiri sesuatu yang amat unik. Itulah pertama kalinya dalam seluruh sejarah agama di dunia ada agama secara harfiah bermakna kedamaian.


Perkataan Islam memiliki dua konotasi. Pertama, tunduk dan penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak dan perintah Allah manakala yang kedua adalah damai. Islam adalah agama yang ditegakkan Allah S.W.T sendiri. Allah mempunyai pelbagai fitrah dan salah satunya adalah As-Salam yang bererti pembawa kedamaian. Orang yang beriman kepada Islam disebut Muslim. Muslim adalah seseorang yang sepenuhnya damai dengan dirinya sendiri dan mengembangkan kedamaian dalam masyarakat. Sebuah definisi yang cantik mengenai erti kata Muslim diberikan Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan: "Seorang Muslim adalah seseorang yang daripada tangan mahupun lidahnya semua orang menikmati keamanan dan keselamatan. (Riwayat Bukhari).




Hakikatnya, hanya orang yang tidak mengakibatkan mudarat kepada orang lain boleh dikatakan sebagai Muslim. Muslim juga hanya saling menghormati dan bertasamuh sesama Muslim atau bukan Muslim.



Rasulullah sendiri berdiri (sebagai penghormatan) ketika rombongan membawa mayat seorang Yahudi. Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, tapi dia itu orang Yahudi?" Rasulullah menjawab "Bukankah dia manusia?" Bahkan ketika Rasulullah ditanya berkenaan memberi bantuan kepada bukan Muslim: "Apakah kami boleh memberi bantuan kepada orang Yahudi?" tanya sahabat kepada Rasulullah s.a.w. "Boleh, sebab mereka juga makhluk Allah dan Allah akan menerima sedekah kita", jawab Rasulullah sambil bangga atas inisiatif sahabatnya.


"Bukankah dia manusia?". Kata ini penting, ketika kita membangunkan konsep hubungan antara manusia, sifat saling menghargai, menghormati dan saling mengerti amat penting. Tiada halangan yang boleh membataskan hubungan kita dengan orang yang berbeza agama, budaya dan status sosial. Sebagai manusia, kita perlu bersikap toleransi mengadili manusia tanpa memandang siapa dia, termasuk agamanya. Seorang Yahudi, yang setiap hari melempar kotoran ke arah Rasulullah, mencaci dan menyakiti baginda. Terbeliak matanya apabila mengetahui orang pertama sekali mengunjunginya ketika dia sakit adalah orang yang teramat dibencinya.


Kerana itulah Yahudi berkenaan dengan bergetar hatinya berkata; "Demi Allah, budi pekertimu sungguh mencerminkan akhlak nabi. Maka, aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah". Bukankah dia manusia yang melahirkan satu sikap indah dengan berlapang dada malah walaupun dengan mereka yang berbeza fahaman dan keyakinan? Suatu ketika rombongan 60 Nasrani Kota Najran tiba di Madinah al-Munawarah. Rasulullah kebetulan berada di rumah. Pada waktu Asar, mereka masuk ke Masjid Nabawi, tempat Rasulullah berada. Mereka menunaikan sembahyang di dalam masjid. Rasulullah bersabda "Biarkanlah mereka menghadap ke arah timur untuk menunaikan sembahyangnya". Betapa indah sikap Rasulullah terhadap keyakinan orang lain, beliau tetap menghormatinya.


Ahmad Shawi menceritakan dalam tafsirnya, Abu Hushain (sahabat Anshar) mempunyai dua anak lelaki beragama Nasrani. Di saat kedua-dua anaknya berniaga ke Madinah, dia akan menemui mereka.


Abu Hushain sangat menginginkan kedua-dua anaknya memeluk Islam. Dengan keadaan memaksa sambil emosi Hushain membawa kedua-dua anaknya kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: "Ya Rasulullah, pantaskah di antara kami masuk neraka?" sambil menunjuk kedua-dua anaknya dengan kesal. Namun, Rasulullah diam. Maka ketika peristiwa itu, turun ayat al-Quran surah Al-Baqarah ayat 156: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)". Bahkan Rasulullah tidak memaksa orang tua mengajak anaknya memeluk Islam. Begitulah toleransi yang diajar Islam.


Hari ini, sejak kehadiran Islam kita hidup dalam keadaan damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Islam menyebarkan rasa damai di hati manusia dengan tidak memaksa kebenaran yang diyakini umat lain. Islam lahir dengan toleransi, sikap tasamuh, berlapang dada dengan keyakinan orang lain. Islam yang memiliki ajaran 'laa ikraaha fi diin' itu dianggap sebagai candu yang membahayakan peradaban manusia, sehingga harus dilawan habis- habisan. Sememangnya Islam sangat bertoleransi. Sebagai contoh, ketika baginda diajak golongan kafir untuk saling menukar waktu, tempat dan bergantian menyembah tuhan, baginda menjawab tegas: "Lakum diinukum waliyadiin" (Agama kamu untukmu dan agamaku untukku). Itulah batas dan sempadan bebas bertoleransi, tetapi tetap ada batasnya. Bukannya Islam yang tidak kenal toleransi, tetapi mereka yang pernah hidup bersama Islam yang tidak mahu belajar apa yang Islam hidangkan sepanjang sejarah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada: Sumber)

Post a Comment

0 Comments