Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel ini kawe dapat daripada link ini..
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.
"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.
Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).
6 Comments
cikgu, mmg betul remaja kita beragama islam plak tu... lagi dilarang lagi liar... tapi sebenarnya adalah bermula dari pendekatan dan cara hidup berkeluarga..
Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor,
ya betol.. smua pihak main kan peranan utk hasilkan masyarakat madani..
scrlett,
wslm.. mesti dididik dgn cara idup sebenarnya... Islamuna...
bro,
dunia akhir zaman