About Me

header ads

Dari KL ke Sibu

Assalamualaikum.. 

Setelah 3 minggu bercuti, akhirnya kawe pun kembali bertugas ke Kapit, Sarawak. Memang sekian lama tak update blog ni. Kadang2 rasa tersumbat otak gak la heh heh... Daripada KL, kawe menaiki penerbangan terakhir Air Asia ke Johor Bahru pada 21 Jun 2010 dan bermalam di rumah saudara kawe di Senai. 


Seterusnya pada hari berikutnya kawe meneruskan perjalanan ke Sibu dengan menggunakan pesawat Air Asia pada petangnya. Cuaca begitu baik dan kawe sempat mengambil beberapa pemandangan udara yang menarik. 


Akhirnya tepat jam 1930, kawe sampai di Sibu. Ketika ini sudah hampir Isya di Sarawak dimana waktunya hampir sejam lebih awal dari semenanjung. Daripada Airport Sibu, kawe menaiki teksi selama 30 minit ke Wharf Sibu. Biasanya Bot Ekpress terakhir ke Kapit adalah jam 1230 tengahari, maka kawe terpaksa la bermalam di mana2 hotel badget di Sibu sebelum meneruskan perjalanan ke Kapit menaiki Bot Ekpress selama 3-4 jam keesokannya.. 

Di Sibu, biasanya kawe akan bersiar-siar di pasar malam dan selalu mengunjungi gerai Kak Anna dan Abang Ajim. Kerana sering bertemu, kami semakin rapat, dan jika saya ke Sibu, pasti akan berjumpa dengan Kak Anna dan Abang Ajim. Kak Anna berketurunan Melanau dan memang berasal dari Sarawak, manakala Abang Ajim berasal dari Johor. 

Pasar malam ni dibuka setiap hari dari jam 1730 sehingga jam 2230. Pelbagai barangan dijual terutama sekali makanan dan pakaian. Namun, bagi muslim, hendaklah berhati-hati ketika membeli makanan kerana ada penjual yang menjual makanan yang tidak halal di pasar malam ini.. 


Antara juadah yang dijual oleh pasangan Abang Ajim dan Kak Anna ialah keropok, pisang goreng dan kuih-muih serta beberapa jenis air minuman.. 


Dan pada jam 0500 pagi, kawe menaiki Bot Ekpress ke Kapit. dan dalam jam 0830 sampai di kapit. 

Post a Comment

2 Comments

Khairul Onggon said…
cikgu, kawe membesar di sibu jugak sebahagiannya.. rindu. nice posting mcm ni cikgu.. teruskan.. byk benda kita boleh share dlm blog.. syukran..
Muallim Adham said…
Kal Jis,
ya ka... deme skrg masih kt sibu ke? act mmg seronok berjalan2.. sibu ada byk gk tempat yg menarik sebenarnya..

hehehe.... insyaAllah ada masa nk travel seluruh srwk plak.. setakat ni saya cuma smpai ke Miri je..