About Me

header ads

Latihan Tempatan Comp C (Kapit), BN1, Rej510 Askar Wataniah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Maaf kepada semua sahabat kerana kawe lama tidak aktif dalam blog sebab perlu tumpukan pada keutamaan tugas di sekolah hehe. Pada 6-7 Mac 2010 Komp C (Kapit), BN1 Rej510 askar wataniah telah mengadakan latihan tempatan. Latihan pada kali ini amat istimewa kerana kami memasukkan program menderma darah dalam slot latihan kami. 

Namun tidak semua anggota berjaya melepasi tapisan sebagai peserta yang layak menderma darah disebabkan masalah tertentu seperti BP rendah dan kurang berat badan. Namun Programini berjaya mencapai objektifnya sebagai tanggungjawab sosial pasukan kepada masyarakat. Setelah berahirnya program derma darah, Pegawai Sains Hospital Besar Kapit menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Sukarela, Lt Cikgu Kuiek Bon Siau diiringi Lt.M Cikgu Adham. Hampir 30 anggota sukarela berjaya mendermakan darah mereka sehingga jam 1600. 

Diantara gambar kenangan semasa aktiviti menderma darah di Hospital kapit. 

Sebelum itu, di kem pasukan kami menjalani latihan tempatan dengan bantuan jurulatih daripada Sibu iaitu Kpl Mimit dan Sjn Joseph. Aktiviti kami bermula dengan kawad kaki dan membetulkan kesalahan-kesalahan kecil dalam kawad. 

Memandangkan hanya kawe sahaja yang Muslim dalam pasukan, maka kawe dipertanggungjawabkan untuk menyembelih ayam untuk menyediakan menu masakan tengah hari pasukan. Biasanya menu masakan adalah simple berdasarkan masakan tradisional Iban seperti ayam pangsoi dan sayur berupa ulam yang dipetik dari kawasan sekeliling kem. 


Dan biasanya kami akan merarau (makan tengahari) bersama dengan menu yang simple tetapi cukup menyelerakan he he. 

Post a Comment

11 Comments

CIKGU NAMAN said…
mantap demo..hehe

lama menyepi
Muallim Adham said…
naman..
slam.. adeiii huhuhuh puah dok saja wekend d kapit nh, gtu la cara kawe isi masa lapang dgn join wataniah... rugi tak teruskan tauliah yg kawe ada heh heh
insan pendidik said…
salam,

wah hebat yea ..bagus adham dpt bawak diri camni la cekgu yg best bole bertugas kat mane jee ..
Muallim Adham said…
wslm IP,
erm ginila kita dok jauh dr dunia luar huhuhu..

namun alhamdulillah kerana masih ada sesuatu yg bermakna utk dilakukan hehe
Rashid said…
Bestnya dpt makan ayam sendiri sembelih.. Tentu selera lain semacam je. hehe
Muallim Adham said…
salam Kapt Rashid,
heh heh gtu la... tp mereka semua yg masak.. kawe just tolong apa yg patut.. best juga masakan iban ni.. simple.. tak berlemak.. dan menyihatkan heh heh
pijankodok said…
salam..
best la dapat makan ayam pangsoi.... pandai masak tak...? hehhehehehe.. merarau tu maksudnya lunch erk...?
pecinta_Islam said…
hebat cikgu..hmm..ambo pun berminat jgk aktiviti2 gini..bagus2..teruskan join bnda2 gini..sementara masih muda lagi nih,.hehe
Muallim Adham said…
salam..

scrlettfr,
wslm..
merarau=lunch (bahasa iban)
yap bleh la heh heh br je belajar masak pansoi beb.. x pnai lg utk memasak..

syahbandar,
adeii heh heh heh ya la mmg seronok.. dpt juga mengbat hati yg jauh d pedalaman ni heh heh
Muallim Adham said…
salam..

scrlettfr,
wslm..
merarau=lunch (bahasa iban)
yap bleh la heh heh br je belajar masak pansoi beb.. x pnai lg utk memasak..

syahbandar,
adeii heh heh heh ya la mmg seronok.. dpt juga mengbat hati yg jauh d pedalaman ni heh heh
IMANSHAH said…
wah segak demo berbaju askar