About Me

header ads

Tugas guru sebagai ejen sosial patut difahami


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kawe petik teks surat nh dari berita harian 10 Feb 2010 dariweb

SAYA menyokong penjelasan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang antara lain menegaskan kerja pentadbiran juga sebahagian tugas guru. 

Tulisan Akmal Fairuz dalam ruangan ini baru-baru ini bertajuk 'Pendidik tak wajar lakukan tugas pentadbiran' ternyata salah, menyimpang dan amat bahaya, jika menjadi pegangan serta amalan.

Guru berbeza daripada kerjaya profesional lain kerana mereka ialah ejen sosialisasi masyarakat yakni 'menginsankan' individu dan memasyarakatkan manusia. Hal ini terkandung secara nyata dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saudara Akmal Fairuz mungkin teruja dengan teori pengkhususan yang menjadi begitu popular di kalangan pengamal ekonomi industri.

Menurut teori ini, jika seseorang hanya melakukan sebahagian kecil daripada produk tertentu, maka produk keseluruhannya dapat dioptimumkan.

Hal ini ternyata berjaya dalam industri pembuatan, misalnya industri kenderaan. Bahagian kenderaan tertentu diusahakan secara khusus dalam industri berbeza. Kesan akhirnya, kenderaan yang dikeluarkan bertambah dari semasa ke semasa.


Pendekatan teori ini tidak boleh dipraktikkan di sekolah kerana ia bukan kilang atau industri yang memproses manusia untuk menjadi seperti yang kita harapkan.

Proses tumbesaran dan menjadikan manusia amat berbeza dan kompleks sifatnya.

Jika guru bahasa sekadar mengajar bahasa atau guru pendidikan jasmani sekadar mengajar Pendidikan Jasmani, kesudahannya kerja berkaitan dengan sifat manusia dan kemanusiaan murid bagaimana pula?

Siapa yang akan bertanggungjawab hal berkaitan pembangunan jiwa, emosi, kebajikan dan soal berkaitan potensi, bakat, minat serta kecenderungan murid? Paling penting murid yang belajar bahasa tidak semestinya menjadi pakar bahasa. Demikian juga, murid yang belajar Matematik belum tentu menjadi pakar matematik.

Justeru, guru bahasa, Matematik dan guru lain perlu berkompromi dalam usaha menentukan proses kemenjadian murid.

Sehubungan itu sama ada mahu atau tidak, guru perlu melakukan kerja pentadbiran supaya aspek pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kecekapan murid dalam bidang tertentu dapat dibentuk bersama di kalangan mereka.

Paling penting, Akmal Fairuz dan rakan guru sepertinya perlu faham jiwa pendidik tulen terdahulu. Akronim kata, 'guru' yakni 'Guru Untuk Rakyat Umum' sudah berakar umbi sejak lama dulu.

Guru melakukan apa saja yang terdaya untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Itulah sebenarnya kerja guru sejak dulu, kini dan insya-Allah akan begitulah selama-lamanya.

Guru berjiwa besar tidak saja berdepan dengan muridnya, sebaliknya perlu menghadapi ibu bapa dan masyarakat, berganding bahu dengan agensi masyarakat dan memberi sumbangan tenaga serta fikiran bernas ke arah membangunkan masyarakat dan negara ini.

Anda ditakdirkan menjadi guru, maka jadilah guru sebenar-benarnya untuk masyarakat dan negara.

DR ISMAIL ABD RAHMAN,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Sebagai seorang guru, memang tu la pengorbanannya. Kita mesti sanggup dan tabah hadapi semua ni. Kawe sangat menyokong pendapat dan penegasan Dr. Ismail. Tugas guru bukan sahaja mengajar pelajaran, tetapi mendidik manusia untuk menjadi manusia.. Sebab tu secara asasnya diri guru itu sendiri esti ikhas dan betul dalam perjuangan mendidik. Bukannya terlalu banyak berkira. 

Post a Comment

6 Comments

saya ajar PSK melibatkan objektif nilai yang mesti dicapai..tapi payahnya di sini ialah sejauh mana nilai2 yang diajar itu diamalkan oleh murid2 untuk menjadi insan yang terbaik....
insan pendidik said…
salam adham,

dalam gamba tu awat hang tk pkai helmet hehe...mmg benar tugas guru ni berbeza...sampaikan IP ingat dulu byk yg kate bidang guru bukanla profesional tk macam peguam dan doktor sbb sesape pun bole jd guru...persoalannye profesional ke tak tu cekgu je la yg tau...
Muallim Adham said…
salam..

Sonata anak kancil,
yap mmg PSK byk meibatkan nilai... matlamat subjek tu ialah guru byk mmberi kesedaran kepada pelajar dan sensitif mengenai isu semasa.. tapi tu la hebatnya seorang guru, jika guru berjaya membuatkan pelajar empati dan dan menghayati nilai serta mengamalkannya..subhanallah, betapa hebatnya cikgu bukan sahaja berjaya mengajar, malah berjaya mendidik pelajar...

IP,
wslm..
kawe x pakai helmet sebab br nk panasan enjen moto heh heh.. biasa la masa tu dlm jam 06:15 pagi.. biasanya 06:30 kami bertolak la ke sekolah..

yap guru sendiri yang menentukan sejauh mana tahap keprofesional tugas guru itu sendiri.. apa yg penting, ikhlas la dlm perjuangan mendidik akhlak pelajar. bimbang sgt keadaan sekarang dimana cikgu byk sekali hanya mengajar pelajaran tetapi tidak mendidik akhlah pelajar utk menjadi manusia..

Wallahu'Alam
pijankodok said…
salam cikgu...
yup, saya setuju sgt dengan Dr. Ismail... itulah pendidik sebenarnya... bukanlah menjadi GURU hanya sebagai atas nama sahaja... mesti minat dan ikhlas...
Muallim Adham said…
sclettfr,
wslm..
heh heh betol2.. sepatutnya org seperti kamu pun jd pendidik.. terapkan nilai2 dlm kelas sukan.. fuh.. lengkap semua aspek; psikomotor, kognitif dan efektif
Kamil L said…
lama dah saya tak lawat blog cikgu.. terlalu busy akhir2 nie sampai nak bukak blog pun tak sempat.. Apapun, tajuk ini memang menarik perhatian saya.. Saya amat setuju, yg cikgu bukan hanya sepatutnya mengajar, tapi perlu terlibat dengan aktiviti lain. Dan yang paling penting, ini akan menambahkan pengalaman guru dan secara tak langsung kualiti seorg guru itu akan meningkat. Ini melibatkan keyakinan guru dalam melakukan aktiviti harian.

Ini secara tidak langsung, meningkatkan keyakinan guru bila berhadapan dengan masyarakat. Contohnya, wujud ketakutan/kelemahan dalam komunikasi, mengurangkan keupayaan dalam mempengaruhi pihak lain...komunikasi adalah satu elemen penting dalam bidang perguruan. utk mengatasi ketakutan/kelemahan, hanya ada satu jalan, dengan meningkatkan keyakinan diri..dari mana datangnya keyakinan? dari ilmu... dari mana datangnya ilmu? dari pelbagai sumber, contohnya pembacaan dan pengalaman... Jadi cikgu yang berpengalaman (dsebabkan terlibat dengan banyak aktiviti/program) akan lebih mudah mempengaruhi masyarakat sekitar dan akan lebih dihormati..INSYALLAH, akan jadi cikgu yang cemerlang, bukan sahaja d dunia, malah d akhirat...