Assalamualikum dan salam sejahtera. semalam kawe dikejutkan dengan berita kematian sahabat kawe semasa kawe di tahun akhir, upsi. Allahyarham adalah junior kawe dan kami sgt rapat semasa sama2 aktif dalan rakan exco kerohanian kolej. semasa kawe di tahun 3, Allahyarham baru je memasuki UPSI dan bakat kepimpinannya terselah setelah diberi kepercayaan untuk menerajui exco kerohanian di Kolej Kediaman KUO. Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan. Banyak pengalaman pahit dan manis perjuangan beliau semasa di UPSI. sekarang Allahyarham sedang praktikal di sekitar Tg Malim. Berikut kronologi kemalangan:
4.30 pagi – Arwah Faizol bersama 5 orang rakan ke KTM Tanjong Malim untuk menjemput rakan-rakan yang lain. Namun, arwah Faizol tiba agak lewat berbanding rakan-rakan yang lain dengan menaiki motosikal Kriss milik rakan sebilik di KUO.
5.00 pagi – Kemalangan melibatkan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. Motosikal mangsa bertembung dengan lori kiriman barangan ekspress yang datang dari arah Rawang untuk ke Pulau Pinang.
5.15 pagi – Ambulans dari Klinik Kesihatan Tanjong Malim tiba. Arwah Faizol disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala arwah Fadhiri dibawa menaiki ambulans untuk ke klinik kesihatan Tanjong Malim.
5.20 pagi – Polis tiba untuk mengawal lalu lintas. Orang ramai telah mulai mengerumuni tempat kejadian.
5.45 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ahli keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku. Arwah masih dalam keadaan sedar dan hanya mampu menyebut, “Allah…Allah…Allah…”
6.15 pagi – Pegawai Penyiasat Polis Trafik IPD Slim River tiba di tempat kejadian untuk membuat siasatan.
6.30 pagi – Mayat arwah Faizol di bawa menaiki Land Rover PDRM ke Hospital Slim River untuk dibuat bedah siasat.
7.00 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan arwah Fadhiri perlu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah segera kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius.
7.15 pagi – Pegawai HEP dan Felo Kolej Ungku Omar (KUO) tiba di Hospital Slim River.
7.30 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Teluk Intan.
9.00 pagi – Arwah Fadhiri sudah tidak sedarkan diri. Arwah sudah mula berhenti bernafas dan otaknya sudah tidak berfungsi dan hanya jantung sahaja yang masih berfungsi. Pegawai Perubatan hospital berusaha keras untuk menyelamatkannya.
10.30 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan kepada rakan-rakan yang hadir bahawa arwah sudah meninggal dunia. Di Hospital Slim, arwah Faizol menerima kunjungan dari segenap lapisan masyarakat. Ahli keluarga arwah Faizol tiba untuk pengesahan mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan arwah Faizol dilakukan.
11.00 pagi – Abang sulung arwah Fadhiri, saudara Khairul yang datang dari Kuala Lipis tiba di Hospital Teluk Intan dan dimaklumkan mengenai kematian arwah. Keluarganya yang lain masih berada di Grik.
1.30 petang – Ayah dan ibu arwah Fadhiri tiba di bilik mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan. Di Surau Al-Falah, arwah Faizol tiba untuk disolatkan.
2.30 petang – Arwah Faizol di bawa menaiki van jenazah Hospital Slim untuk dibawa ke Pasir Mas, Kelantan.
3.30 petang – Arwah Fadhiri disolatkan di surau Hospital Teluk Intan.
4.00 petang – Arwah Fadhiri dibawa menaiki van jenazah UPSI untuk dibawa ke Tanah Merah, Kelantan.
8.30 malam – Jenazah arwah Faizol tiba di kediamannya.
10.30 malam – Jenazah Fadhiri tiba di kediamannya manakala Jenazah Faizol telah selamat dikebumikan. Keluarga arwah Fadhiri masih menunggu seorang lagi abangnya yang dalam perjalanan dari Sarawak.
1.00 pagi – Arwah Fadhiri disolatkan. Hadirin yang datang untuk bersolat melimpahi hingga ke luar rumah.
1.30 pagi – Jenazah Fadhiri selamat dikebumikan.
Al-Fatihah…
10 Comments
kita sebagai insan yg masih bernafas ni... kejadian ni sebenarnya satu tazkirah buat kita utk sentiasa igt akan mati...
semoga Allahyarham dicucuri rahmat Allah
sungguh terkedu tatkala baca entry ni. tambahan lagi, mereka meninggal sebab accident. maut di tangan Allah. semoga roh mereka dicucuri rahmat.
o ya ka..huhuhu
semoga Allahyarham dicucuri rahmat
semoga roh mereka dicucuri rahmat..
adeiii huuuhuhu.. sahabat baaik ambo ni.. kacip benar dgn kawe masa dia junior tahun 1