About Me

header ads

Memperkasakan Maahad Tahfis Sains


Assalamualikum dan salam sejahtera... 

kawe sangat tertarik dengan satu pemikiran yang ditulis dalam sebuah akhbar.. sama2 kita renungkan...

Oleh: Zolkharnain Abidin .

Secara peribadi, saya sangat menghargai usaha mana-mana pihak memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penghafaz al-Quran. Samada usaha itu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang atau oleh kerajaan BN seperti Terengganu misalnya, semuanya adalah baik dan bagus.

Saya berkesempatan pada awal bulan yang lalu mengunjungi Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong Kelantan kerana beberapa urusan rasmi. Memang mengagumkan.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ini memberi keuntungan besar kepada rakyat negeri itu secara khusus. Kelantan juga ada Maahad Tahfiz al-Quran Sains. Mereka bakal melahirkan sekian banyak profesional hafiz untuk menempati pelbagai institusi profesional.

Berbeza dengan kebanyakan maahad tahfiz yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak, individu atau badan tertentu, dalam keadaan maahad tahfiz tersebut menerima sesiapa sahaja untuk menghafaz al-Quran, termasuk yang tidak tahu membaca al-Quran, Maahad Tahfiz Pulai Chondong hanya menerima pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan lulus temuduga yang dianjurkan oleh maahad itu.

Maksudnya, maahad itu hanya menerima yang terbaik sahaja.

Tentunya, ini mengikis tanggapan negatif sebahagian orang, pengajian hafaz al-Quran dan pengajian Islam hanya untuk mereka yang lulus corot dalam peperiksaan awam sahaja. Sedangkan hakikatnya, menghafaz al-Quran memerlukan keupayaan otak yang tinggi.

Negara kita memiliki banyak sekolah yang menempatkan pelajar cerdik. MRSM, sekolah-sekolah menengah sains dan sekolah cluster misalnya. Di Perlis, ada MRSM Beseri, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Derma, Sekolah Menengah Dato’ Syeikh Ahmad, semua sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik UPSR sahaja.

Termasuk juga dua SMKA iaitu Sekolak Menengah Kebangsaan Agama Arau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar. Tidak terkecuali Madrasah Alwiyah, sebuah sekolah menengah agama milik kerajaan negeri.

Persoalannya ialah, mengapa sekolah-sekolah menengah yang berpelajar cerdik ini tidak menerapkan subjek hafalan al-Quran?

Tidak perlu hafaz al-Quran semuanya kerana memang difahami bahawa pelajar-pelajar tersebut terbeban dengan banyak subjek peperiksaan awam. Cukup sekadar setahun 3 atau 5 juzuk misalnya, dan kalau itu masih berat juga, 1 atau 2 juzuk juga sudah memadai. Apabila mereka tamat PMR, sekurang-kurangnya mereka menghafaz antara 9 hingga 15 juzuk al-Quran atau sekurang-kurangnya 3 juzuk al-Quran.

Kementerian Pelajaran tidak perlu berpening-pening kepala berfikir untuk menerapkan pelbagai subjek siviklah, kenegaraanlah, kesedaran bahaya dadahlah yang belum tentu hasil dan kesannya itu, kerana diyakini pelajar yang hafaz al-Quran tentu akan terhindar daripada gejala negatif itu.

Pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chonding Kelantan belajar 9 sembilan subjek untuk peperiksaan PMR, belasan subjek lain dalam bahasa Arab, dalam masa yang sama mereka hafaz al-Quran. Hasilnya, mereka cemerlang PMR, hafaz al-Quran dan menguasai cabang ilmu Islam yang lain termasuk bahasa Arab dengan baik.

Mengapa MRSM dan sekian banyak sekolah menengah sains di negara kita tidak melakukan ini semua? Mengapa masa hidup mereka sebagai pelajar muslim ‘dibazirkan’ dengan aktiviti yang entah apa-apa? Kalau mereka diperuntukkan masa untuk pendidikan seni, Tae Kwon Do, kumpulan koir, band dan banyak lagi, mengapa tiada difikirkan secara serius peruntukan masa untuk menghafaz al-Quran?

Saya seronok dengan kelahiran begitu banyak pusat menghafaz al-Quran, tetapi sayang, pusat-pusat ini kebanyakannya dipenuhi oleh mereka yang tiada tempat di sekolah-sekolah ternama tadi. Akhirnya, terkial-kiallah pelajar ini menghafaz al-Quran dengan serba kepayahan dan kesusahan.

Memang ramai yang berhasil menghafaz al-Quran juga sudahnya dan itu memang sangat bagus daripada dibiarkan mereka ‘menghafaz’ entah apa-apa, tetapi isunya ialah mereka hanya sekadar mampu membaca al-Quran sebagai imam dalam solat sahaja.

Sedangkan al-Quran bukan untuk dibaca dalam solat sahaja. Al-Quran perlu berada di dalam makmal sains, di mahkamah, di perut bumi, di dasar laut, di dalam kapal angkasa, di bank, di pejabat-pejabat korporat, dan di mana-mana lagi.

Tentulah mereka yang mampu membawa al-Quran ke lokasi itu semua adalah mereka yang sekarang sedang belajar di sekolah-sekolah bagus tadi. Tapi, kalau mereka tidak menghafaz al-Quran, bagaimana mereka mampu membawanya ke sana?

Post a Comment

7 Comments

izakhairi said…
memang setuju 100% - biarlah anak kita pandai ilmu dunia dan akhirat...sentiasa berdoa semoga anak akan berjaya menjadi seorang tahfiz
insan pendidik said…
salam adham,

setuju dengan pendapat itu. penghafazan ayat suci Al-Quran elok juga diperluas. Tak la terhad kepada sekolah agama sahaja.
cm said…
Pernah ke Maahad tahfiz sains tanah Merah? Anak CM disitu...
Alhamdulillah...pelajar yang sudah menjadi alhafiz biasanya cemerlang dalam akademik... 12/11/10/9 A dlm SPM aliran sains.
They all belajar 21 subjek, termasuk menghafal alquran, but then, still can cope dengan subjek yg dikatakan sukar!
Semoga mereka bakal menjadi dr dan Ir yang bergelar AlHafiz.
Salam. Saya setuju sgt. Anak saya 2 org yg belajar tingkatan 1 dan 2, disamping bersekolah waktu pagi sekolah agama tetapi waktu ptg ke kelas tahfiz pertama kali diwujudkan di sek itu. Cuma 22 org saja yg terpilih selepas ditemuduga. Alhamdulillah mrk dpt mengikuti kelas ini. Secara jujur, saya lihat masa mrk tidak terbuang begitu saja. Malam mrk ulungkaji pel akedemik dan menghafal Al Qur'an. Baru beberapa bulan mrk blh menghafal hampir 2 juzuk.
Secara semulajadi bila mrk sedang menonton tv atau mendengar lagu, secara sendiri mrk akan sedar bahawa mrk tidak blh lalai sgt. Saya bersyukur. Itulah mukjizat org yg menghafal Al Qur'an. Ini belum lg betul2 ke sek Tahfiz yg sepenuhnya.
Muallim Adham said…
salam..

izakhairi,
wslm.. insyaAllah.. kita kena pakat sokong usaha murni ini... kita pastikan anak2 kita jgn terlepas peluang ini..

IP,
wslm.. kawe amat hargainya hehe heh heh.. semoga generasi akan datang menyedari kebaikan usaha ini..

cikgu Math,
saya pun x pernah masuk lg dlm mahad tu.. cuma sentiasa la lalu tgk2 dr luar je heh hehe...
tp amat mengkagumi org yang berusaha untuk memajukannya... sungguh murni usaha ni..

hjh Nafisah,
wslm kak,
mmg betul.. x rugi belajar agama ni... sapaer lg kita nk harapkan... anak2 kita ni generasi pewaris bangsa kena la di tarbiah dgn betul semoga ada pelapis masa depan yang soleh solehah.. bila kita menolong pada jalan allah, insyaAllah Allah akan menolong kita kembali
Unknown said…
Sungguh beruntung mereka yg diterima masuk ke maahad tahfiz tu. Saya pun ada gi melawat maahad tahfiz Yayasan Pahang. Bertuah sungguh murid-murid di sana dgn segala kemudahan dan dapat jadi kumpulan murid2 terbaik di sekolah yang mereka tumpang belajar. Hati mereka bersih dan terang. Wlaupun pelajaran akademik sedikit berbanding hafazan, mereka masih mampu menandingi murid-mrid lain. Subhanallah, mereka ini insyaAllah akan berjaya di dunia dan di akhirat.
Muallim Adham said…
najmiah,
slm..
yap mmg beruntuung... kita pon kena cari la...