About Me

header ads

Rasuah: Malaysia merudum ke ranking 56 pada 2009


KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama)-- Transparency International Malaysia (TIM) mengiktiraf usaha Malaysia dalam menangani rasuah walaupun ranking indeks persepsi rasuah negara tahun ini merosot.

Presiden TIM Datuk Paul Low berkata ranking Malaysia menurun ke tempat ke 56 tahun ini berbanding 47 pada tahun lepas, dari kumpulan 180 negara yang ditinjau.

Bagaimanapun, usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan pembaharuan di beberapa institusi, terutama badan kehakiman, dan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, untuk menjadikannya lebih bebas, telus dan akauntabel, adalah cara untuk menjamin Malaysia maju ke depan, katanya pada sidang akhbar untuk mengumumkan kedudukan Malaysia pada Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa 2009 di sini.

Beliau berkata Transparency International Malaysia percaya satu-satunya cara bagi negara maju ke depan adalah dengan membanteras rasuah secara serius dan mempastikan keputusan dan transaksi kerajaan lebih ketara dan telus.

Paul Low bagaimanapun mencadangkan agar kerajaan lebih telus dalam proses pemerolehan dengan melaksanakan 'perjanjian integriti' dengan pembekal untuk bertindak sebagai langkah penghalang bagi mencegah rasuah.

Paul Low berkata penurunan Malaysia dalam CPI 2009, iaitu penurunan 0.6 dari 5.1 pada 2008 ke 4.5 tahun ini "mungkin disumbangkan oleh persepsi kemajuan kecil dalam membanteras rasuah, dan kurangnya azam politik dalam melaksanakan langkah-langkan anti-rasuah yang berkesan".

Contoh yang membawa kepada kebimbangan berat ialah kegagalan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan laporan tahunan Ketua Audit Negara menonojolkan salahguna perolehan awam yang luar biasa, katanya.

"Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda positif. Kegagalan PKFZ sedang disiasat dengan aktif dan bersungguh-sungguh; laporan polis telah dibuat dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak tertentu, dan langkah diambil membetulkan keadaan.

"Perdana Menteri telah membentuk sebuah pasukan petugas peringkat tinggi bagi mengkaji dan membuat perakuan tentang tindakan yang harus diambil berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2008 itu," kata beliau.

-- BERNAMA

Post a Comment

9 Comments

anakmuaallaf said…
Salam,
Macamana nak settle masalah rasuah ni..yang dicekup semua bilis ja..jerung semua terlepas.
Khairul Onggon said…
Rasuah oh rasuah.. no komen ehehehe..
Kamil L said…
Malaysia negara kaya..hanya rasuah je yang menyebabkan pengagihan kekayaan tidak dapat dilakukan dengan adil... Kalo malaysia telus dalam menggunakan harta dan kekayaan, rasanya malaysia akan jadi lebih maju dari skrg sb semua kekayaan negara boleh digunakan secara optimum...
pecinta_Islam said…
usaha2 yang murni harus juga dipuji dan jngn dinafikan
:)
Muallim Adham said…
salam..

anak muallaf,
wslm.. huhuhuu susah nk cakap...

khairul anggong,
xpa.. mmg susah utk diperkatakan oleh kita..

Kamil L,
yap malaysia mmg kaya.. apa bleh buat.. kita cuba sedaya upaya..

syahbandar,
tidak dinafikan ada usaha yg telah dilakukan.. tahniah
Ben Sedqi said…
"ar-raashi wal murtashi finnar", pemberi dan penerima rasuah itu dua2 dalam neraka.....
Muallim Adham said…
Ben Sedqi,
yap betu tu.. dua2 salah huhuhu
IMANSHAH said…
Salam kesian Tok Guru kawe ni..eh demo ada FB dok??
Muallim Adham said…
salam..
imanshah,
wslm.. ada.. hahaha