Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebenarnya di SArawaka hanya 8 buah sekolah menengah sahaja yang dikategorikan betul pedalaman dan menyukarkan pengawas untuk berulang alik dari pusat unit peperiksaan dimana 8 buah sekolah ini membolehkan pengaws layak menuntut elaun lojing dan mkn.. antaranya ialah sekolah yang kawe jaga iaitu SMK Balleh..
Disebabkan SMK Balleh ini adalah dalam satu kawasan di tepi sungai dan tiada jalan perhubungan lain kecuali sungai, guru2nya adalah 100% tertumpu pada aktiviti sekitar sekolah... sangat rapat.. seluruh kawasan sekolah kelihatan seperti satu kawasan perkampungan di tepi sungai... dikelilingi bukit dan sungai.. sungguh nyaman.. Ni antara gambaran kawasan sekolah, Blog akademik dan bangunan pentadbiran..
Kawe hanya mengawas 66 daripada 71 pelajar yang didaftarkan.. seorang pelajar meninggal pertengahan tahun ini kerana sakit, 4 lagi memang dah tak berminat untuk ke sekolah.. yang lain ok dan menunjukkan minat.. sungguh senang untuk mengawal mereka, tidak banyak kerenah, dan sepanjang sesi peperiksaan, tiada seorang pun yang minta untuk ke tandas atau meminta kertas helaian tambahan... pelik sungguh kawe... musykil hehheh..
Ini adalah pemandangan sekolah.. sebelum bukit adalah sungai Balleh.. kawe capture gambar ni dari blog akademik sekolah... masa ni awal pagi sekitar jam 8am.. dan hujan renyai2 hehehhe.. Alhamdulillah, pada malam itu, hujan lebat menyebabkan paras air sungai naik... dalam kepala kawe senang untuk kembali ke kapit nanti heh heh
Pada sebelah petang plak, kawe mengisi masa dengan bermain bola bersama rakan guru dari Balleh dan pelajar sekolah ini.. disebabkan tidak dapat kemana2, memang begini la rutin harian mereka di Balleh... Kehidupan guru hanya untuk pelajar.. Setiap aktiviti guru akan bersama2 dengan pelajar termasuk makan dan bermain...
9 Comments
sejuk jah tgk suasana..
demo pakai tpeng ultraman ko?
sonata anak kancil,
mmg nyaman... seronok sungguh kawe di sini... Pengetua Balleh siap offer kami naik bot menyusuri ke hulu untuk tgk2 kawasan hulu heh heh..
naman,
kawe pakai mask sebab ada budak selesema heh heh... sebenarnya saja jah nk bergmbar heh heh
kamil,
yup alhamdulillah.. byk bnda baru kawe tempuh yg menyeronokkan...
kawe di balleh smpai rabu depan... bila PMR tamat, kawe akan kembali ke kapit... yup sekolah pedalaman kerajaan bekalkan kemudahan school net utk memudahkan pelajar akses dgn internet.. br la peljar berkembang ckit pemikiran heh heh
yap heh heh kawe pon sukakan keadaan gni.. mmg mantap pelbagai heh heh heh...