About Me

header ads

Uniknya Beraya di Kapit, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tahun 2009 mencatat sejarah dalam hidup kawe bila buat kali pertamanya beraya jauh dari keluarga huhuhuhuhu.. Sebagai kenangan bagi kawe la ni... lepas ni insyaAllah raya dengan family sokmo la heh heh heh...

Cewah pagi-pagi lagi kawe bersiap.. gambar sebalah possing tepi motosikal kawe amek dalam jam 6.45am tapi matahari dah naik tinggi wo... sedang memanaskan enjen motosikal sebelum gi masjid untuk solat sunat Aidil Fitri..


Kalau nak ikutkan heran memang la tak sanggup beraya jauh-jauh ni.. Tapi gak, mujur lah ramai member serta sahabat yang sudah berpakat dengan kawe untuk beraya di kapit heh heh.. erm ni lah barisan sahabat yang beraya bersama kawe di kapit.. ada juga anak murid muslim kawe yang beraya sama-sama dengan kami..



Kawe macam biasa la naik motosikal lagi senang, memudahkan dan sangat selesa berbanding bawa kereta... tengok lah keadaan jalan raya di Kapit... macam ni la heh heh sederhana.. tidak besar sangat..




Di kapit berbeza dengan raya tempat kita di Semenanjung wo... Semua rumah adalah terbuka.. so kawe pon belasah je la heh heh heh.. mula2 sekali apa yang kawe tengok ialah kek lapis.. fuyyo macam2 jenis ada... semua kawe rasa... Dari rumah Pemancha (ketua masyarakat Muslim), sehingga la ke rumah lain2.. semua ada hidangan kek lapis Sarawak.. setiap rumah yang kawe lawat, kawe amek juadah sikit2 je, sebab byk lg rumah yang nk kena ziarah...

Antara hidangan wajib di rumah yang kawe lawat heh heh... tapi yang paling tak tahan, setiap rumah pasti dihidang air karbonat... sampai naik kembung perut kawe heh heh heh,,, tp tak de masalah punya... ada juga makanan tradisional mereka seperi Sempilis dsb.. Sangat menarik meraikan raya dengan situasi yang berbeza...

Post a Comment

22 Comments

green said…
first time ni tgk org kapit beraya cam mane..
memang ade beza..
banyaknya kek lapis! tak ade ke ketupat/rendang dll sperti di semenanjung? tentu seronok kan tengok adat orang menyambut hari raya...
Muallim Adham said…
slm...

green,
mmg menarik.. tahun lps saya dah pon merasa raya haji d kapit... berbeza juga dgn semenanjung kerana di kapit tiada acara korban lembu atau kambing karana kapit tiada satu pon kambing atau lembu.. ini sebab adat disini tidak membenarkan ternakan lembu dan kambing kerana dikhuatiri merosakkan tanaman msyrkt...

sonata anak kancil,
hehhe h sarawak mmg sinonim dgn kek lapis.. dalam setiap rumah msti ada sekurang2 3-4 jenis kek lapir.. sebiji kek lapis paling murah ada la dlm rm30 kut heh heh..
letupat pon ada.. lemang siap bewarna hijau lg kat sini.. ada satu tu namanya sepilis... mcm ketupat juga.. tp dibalut dgn daun sepilis...
IMANSHAH said…
Mak ai, tak tinggal lah samping dia..haha..cam kenal je
Maiyah said…
salam raya cikgu.. moga ceria :)
cm said…
ramai-ramai best juga..
walau pun berjauhan dari keluarga
Muallim Adham said…
salam..

imanshah,
sorry heh heh pride, passion n tradition... hok ni jah ada, senang nk bawa...

maiyah,
alhamdulillah, ceria sokmo ni.. hr ni rakan2 guru ada yang dh mula kembali ke kapit...

cikgu math,
betul tu.. bila ramai, hilang la keboringan... satu kaedah untuk hilangkan kesunyian...

selamat hr raya belaka
wei....la bakpolah tak balik kampong ni.Tiket habiske?.

selamat hari raya.
Muallim Adham said…
slm..
cikgu sue,
slmt hr raya.. tiket bot abis.. tket flight ada heh heh...
fadzilah said…
salam ziarah cikgu...
bestnya beraya diperantauan kan..
sedapnya kek lapis tu..mcm2 warna.
Muallim Adham said…
Fadzilah,
wslm.. best juga raya d cni... pengalaman sgt beharga...
kek lapis tu mmg sedap.. hrgaya mmg mahal sedikit sebab kerumitan untuk membuatnya...

mmg tu la aim kami bila bertandan ke rumah member tempatan di kapit heh heh
King Of Single said…
salam cikgu.seedapnye kek lapis sarawak tu

mai satu.........haha
gile kek sarawak ni huhu~
Muallim Adham said…
eKyn,
wslm... mmg sedap..

cikgu pon tergila2 kan kek lapis ni. kalo cuti, cikgu msti spend dekat rm200 beli kek lapis wat balik kg heh heh
abu muaz said…
Bagus ni cikgu. Pengalaman baru yg sukar diperolehi.
Muallim Adham said…
abu Muaz,
yup thanks... kawe sangat hargai pengalaman gini
dya said…
lorr
kamu kena beraya kt srwk ke?
tp ok lh kn
try suasana raya kt sana
nmpk meriah je gmbr2 :)
CIKGU NAMAN said…
wah..meriah jugak tu gu..hehe



selamat hari rayooooooooooooo
Muallim Adham said…
salam..

jumana,
yup best apa beraya d srwk hheh ehh ehh.. sama meriah malah lbh meriah kawe rasa heh hehe

naman,
eiii msti meriah..
slmt hr raya
::SizuKa:: said…
banyaknya kek lapis...memang nampak berbeza raya di Kapit..tiap kunjungan rumah raya kali ni, ramai yang hidang air oren, ribena dan sirap. karbonat tiada. hehe
Muallim Adham said…
sizuka...
beres juga la.. tersangat pilihan kek lapis.. sgt seronok.. heh heh
monalea said…
Seronok jugaklah ek beraya di kapit. macam2x kek lapis.Air gas tak tinggal. Tka taulah kat kapit kalau kat kuching lampu lip lap tak ketinggalan sampai pokok2x bunga pun berlampu.
Muallim Adham said…
monalea,
sgt seronok.. heh heh.. mmg betul kat cni pon lbh kurang dgn Kuching gak.. lampu lip lap nya smpai ke pokok... meriah juga dgn budaya kunjung- mengunjung..