About Me

header ads

Cuti Sekolah 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. berita ni kawe dapat dari Bernama.. So kepada rakan2 seluruh Malaysia bolehlah merancang cuti anda pada tahun depan heh heh... harap maklum semoga dapat jadi penduan kepada semua sahabat especially guru sabah & sarawak

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Sesi persekolahan tahun depan akan bermula pada 3 Januari bagi Kedah, Kelantan serta Terengganu, dan negeri-negeri lain pula pada hari berikutnya iaitu 4 Jan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata cuti penggal pertama pula akan bermula dari 12 hingga 20 Mac bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu, sementara bagi negeri lain pada 13 hingga 21 Mac.

"Sementara itu cuti pertengahan tahun pula bermula dari 4 hingga 19 Jun bagi ketiga-tiga negeri itu, dan negeri lain bermula pada 5 hingga 20 Jun," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Beliau berkata cuti penggal kedua pula akan bermula dari 3 hingga 11 Sept, dan cuti akhir tahun dari 19 November hingga 1 Jan 2011 bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara bagi negeri-negeri lain, cuti penggal penggal kedua akan bermula pada 4 hingga 12 Sept, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2011," katanya.

Alimuddin berkata jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah 210 hari, manakala jumlah cuti penggal 78 hari.

-- BERNAMA

Post a Comment

18 Comments

IMANSHAH said…
advance demo bab2 cuti ni..kalu buleh nok cuti sokmo deh
LEMONADE said…
wahh.. cpt btol dpt info psl cuti. kalo nk beli tiket blk kg siap2 takot xde jual lagi. huhu
Muallim Adham said…
salam,

imanshah,
heh heh ambo bila dok jauh2 gni mmg lagu ni la weh... tiketnya mahal... nk kelik dgn kreta x sampai.. kena naik belon gak, kalo tak kena planning gak terpaksa la beli tiket mahal huhuhuhuhu...

lemonde,
yup betil.. ambo dh pon beli tiket wekend bln jan 2010 dan apr 2010.. so info cuti ni berguna utk beli tiket jun 2010 ni...
cm said…
juga penting untuk sape sape yang merancang untuk mendirikan masjid 2010...
Muallim Adham said…
slm kak zan,
yg tu la penting sekali heh heh... insyaAllah
Tirana said…
Cerita pasal cuti, hati lapang..hehehe..
Muallim Adham said…
salam Tirana,
mmg tersangat lapang bila cuti heh heh heh
Maiyah said…
salam.. selamat bercuti
Muallim Adham said…
salam maiyah,
slmt bercuti juga deh
Anak Tumpat said…
tima kasih atas informasi ni.. hok ni kawe carinyo. biaso la duk jauh nih..hahaha
Muallim Adham said…
anak tumpat,
yo lo kawe pon tu jua heh heh eheh... bleh la start beli tiket deh.. ambo pon dh mulo beli wooo
pecinta_Islam said…
x sabar weh nok cuti kelik berayo kelate.hehehehe
:)
Muallim Adham said…
slm shahbandar,
mesti la x sbr hehhehehheh
Abeli Rosli said…
salam siloturahim n salam ramadan al mubarak.. serta selamat hari raya... aidulfitri.. semuga cikgu sejahtera selalu..."cuba renugi hidup ini.. kemana tujuan kita kan pergi.. tuntut la ilmu sebelum mati.. sebagai bekal diakhir nanti.. ilmu amalan.. pembelala diri...dari abelitokjoro.. pahang darul makmur...
dya said…
salam
alhamdulillah...
wah...best ar demo ade cuti berbulan2
nk rancang wat majlis kawin pn bleh time tu
hikhik ;)
Muallim Adham said…
wslm..
jumana,
insyaAllah sgt berguna bg yg nk merancang heh heh..

RMY-abelitokjoro,
tq byk2... tok joro dikir barat ke heh heh
Ros Illiyyuun said…
Salam,terima kasih atas info cuti ni.Dah lama mencari, ntah hari ni terbuka hati nak klik blog cikgu ni, sblom ni ada menjenguk tapi tak pernah tinggalkan jejak. Saya copy info ni ke blog saya ye..tq.
Muallim Adham said…
wslm Ros...
sama2.. takpa silakan sebar2kan berita ni... mmg amat berguna utk semua tu...