Assalamualaikum dan salam sejahtera... selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada penganut agama Islam.. dan selamat menjalani ibadat dalam bulan Ramadhan... Kali ni kawe nak kongsi cerita dan keadaan di Kapit, Sarawak mengenai "orang Kuat". Di kapit situasi begini adalah biasa apabila motosikal dibawa masuk dari sibu ke kapit melalui jalan sungai. Motosikal ini biasanya akan diletak di belakang boat ekpress dan diikat pada tiang boat.
Sesampai je di Kapit, "orang Kuat" sudah pun menunggu dan bersedia untuk diupah mengangkat apa sahaja barangan dari boat ekpress untuk dibawa naik ke atas tebing... Biasanya upah yang dikenakan bergantung pada saiz barangngan yang diangkat. semakin berat, semakin tinggi harganya heh heh.. macam motosikal ni, pernah la di bayar sebanyak RM50..
jika diperhatikan peta di atas, Kapit berada jauh dari bandar utama Sarawak. Al maklumlah tiada lebuh raya yang menghubungkan kapit dengan bandar luar, maka terpaksalah semua barang dibawa masuk ke dalam Kapit melalui jalan sungai... Itu lah keadaan hidup masyarakat di Kapit. Tidak hairanlah mengapa semua barangan yang sampai di kapit malambung tinggi kosnya.. semua barang akan jadi mahal kerana bukan setakat terpaksa bayar kos pengangkutan Bot, tetapi juga terpaksa bayar upah angkat barang heh heh
10 Comments
Rasanya, kapit adalah satu satunya bahagian di sarawak yang masih tidak mempunyai jalan raya... bg saya, kalo org kapit sokong pembangkang, memang tidak mengejutkan.. tp bagus, bg pembangkang menang..patue percayalah kata saya, lepas nie confirm kapit akan ada jalan raya ber tar...
keadaan ini berlaku kat salah satu kampung di daerah saya dulu.. dah berpuluh tahun merdeka, jalan raya masih tak ber tar.. org kampung marah, terus sokong pembangkang..pembangkang menang kat kampung tersebut... lepas tue, sebelum next election, terus ada jalan bertar 50km kerajaan buat utk menarik balik sokongan rakyat.. hehe.. itulah politik.. (sorry, sya tak suka politik, tapi inilah budaya politik di malaysia, sudah terkena, baru kelam kabut nak bertindak)
mmg betul tu.. tu la peranan pembangkang, bukannya nak membangkang secara membuta tuli, sebaliknya utk mendapat perubahan ke arah kebaikan... mmg betul.. selagi pembangkang tidak menang di Kapit, mmg sampai bila pon jalan raya tidak dibina di kapit ni..
pelik juga, jalan yang menghubungi kapit dengan kampung2 hulu tu boleh plak dibina, tetapi jalan utk hubungi kapit dgn sibu sampai sekarang tidak terbina..
act kawe pon x larat tu.. tp tangga wharf tu tinggi wo... bukan mcm naik bangunan setingkat wo... mcm naik bangunan 2-3 tingkat la bergantung pada paras sungai...
kalo musim hujan paras air akan naik, so tangga yg dinaiki x la tinggi mana heh heh