About Me

header ads

Berzina Kerana Ikhlas



Assalamualaikum dan salam sejahtera... Teks ini kawe terbaca dalam blog "CINA ISLAM" dimana kawe rasa elok untuk dikongsi bersama untuk semua sahabat..


Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.


JAWAPAN DR. DANIAL

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita.. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserang masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul.. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.Kota Pompei hancur kerananya.Empayar Rom juga hancur kerananya.Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Post a Comment

18 Comments

IMANSHAH said…
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegang, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan ( menuju ketempat pertemuan ). Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman ( HR Muslim dan Abu Daud ).

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.
Muallim Adham said…
thanks Imanshah...
mmg betol.. sama la kita berdoa agar dilindungi dari bala sebegini
Tirana said…
First time saya dengar berzina kerana ikhlas...Syaitan telah berjaya memanipulasikan pemikirannya. Keikhlasan tidak boleh bersekongkol dengan sesuatu yang haram.
Muallim Adham said…
ya Tirana..
itulah serangan dalam bentuk baru sekarang... serangan ideologi dan fahaman yang dapat merosakkan akidah kita..
pecinta_Islam said…
betul tu..serangan ideologi..zmn skrng rmi masyarakat yg mempunyai ideologinya tersndiri yg tidak mematuhi piawaian islam..sdh bile mereka yakin plak yg mereka betul.siap berani burhujah pnjng lbr lg..papepun gmbr kempen katakan tidak pada pergaulan bebas tu ok la.sy menyokong kempen2 sebegini.leh x sy nk amek letak kt blog sy gmbr tu?hehe
dya said…
salam
moga kita sama2 dijauhkn dr benda2 ni semua..amin
Muallim Adham said…
shahbandar..
beres.. dialukan demo amek dan sebarkan artikel ni.. ni pon kawe amek dr blog CINA ISLAM heh heh heh...

Jumana,
insyaAllah
kuIna said…
mana ada zina ikhlas..
dr kitab mana la dia belajar nie...
Muallim Adham said…
Kulna ladylnRed,
tu la pasal.. kawe tokleh nak mikir ni... sebab tu kita kena turut berusaha utk membetulkan keadaan... dunia sekarang, benda yg buruk jd betol dan benda yg baik jadi salah disisi undang2
CZ's thinking. said…
macam nie pun ada ker??walau bagaimana pun ikhlasnya kita..tak sepatutnya kita lakukan benda-benda yang macam tuh..banyak lagi benda yang boleh kita buat selain dari tuh..betul x??islam sendiri minta kita menjauhi zina walau dengan keadaan apa skali pun...minta di jauhi benda-benda sebegini..
Akhi Mustakim said…
salam.zina ni kalu nak dibuang prlukan kpada peringkt ksadaran yg tertur. kitatgk manakh punca bsar. nsaya kita akn tau nk tgani. Dr Qardawi kta, 'An-niyyatu Al-Hasanah La Tubarriru As-sayyiat', Niat yg baik tidk mghllkn kburukan'.
Muallim Adham said…
CZ,
thanks.. mmg gtu la huhuhuhuuhuhu... sama la kita berusaha menyedarkan komuniti kita... mulakan dgn org yg paling dekat dgn kita ya spt saudara2 terdekat dsb...

Akhi Mustakim,
thanks byk2 kerana memberi lebih ulasan... tu la niat kawe bila di sekolah... nk menyedarkan students kawe... niat nak membetulkan pemikiran students kita semua
Anak Tumpat said…
sama2 la kita hindari zina.. pakat2 doa la kita mitok tuhan jauhkan kita dari zina..

nape kita perlu jauhi zina? kalau pikir cara kampung pun mmg logik kita jauhi zina..
bak kata tok guru..
boleh jadi perempuan y kita zina tu anak orang.. boleh jadi perempuan tu bini orang..boleh jadi perempuan tu adik orang, boleh jadi mak orang..nak ke kita dengar mak,bini,adik,anak kita dizina oleh lelaki lain? dah tentu x nak..kalu x nk kita dahulu y jangan zina..
Muallim Adham said…
anok tumpat,
sheikh mantap la demo... ni kalo ikut mantik lagu ni la... mantap komen demo.... moga jd iktibar semua
Rashid said…
Terserlah akan dunia ini semakin luka. Luka kerna tangan manusia yang tak pernah kenal erti dosa dan takut akan balasan dariNya.

Moga Yang Ikhlas itu akan bertaubat..

Masih sedih melihat manusia yang hanyut dibuai nafsu dunia sehinggakan mereka alpa..
Muallim Adham said…
thanks cikgu rashid.. penuh makna dan puitis.... mmg betul.. cabaran para guru untuk membentuk virus ni dalam kalangan pelajar yang serba mantap pelbagai dalam menempuh cabaran masa kini
pecinta_Islam said…
berzina kerana ikhlas??hehe..ade ke ptt kn..hmm..mcm2 zmn skrng ni..dr berzina kerana ikhlas baek berkahwin krna ikhlas..itu yg lbh mulia
:)
Muallim Adham said…
thanks Shahbandar,
mmg tepat sekali.. Islam menyarankan perkahwinan satu medium terbaik utk mengelak perzinaan... kerana itu adalah satu institusi sosial yg kukuh dan stabil heh heh heh