About Me

header ads

Pelajar adu pengetua miang diusir asrama

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. berita ini dipetik dari berita harian 4 Julai 2009. Mari kita renung bersama..

Masuk bilik penghuni perempuan, berkaraoke hingga 1 pagi

PASIR PUTEH: Seorang pelajar Tingkatan Enam yang juga ketua asrama pelajar digantung dari asrama sekolahnya di bandar ini lebih sebulan lalu kerana membuat laporan salah laku pengetua. Sumber berkata, pelajar perempuan berusia 19 tahun itu dikenakan tindakan kerana pengetua tidak berpuas hati selepas mengetahui beliau membuat aduan salah lakunya kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar sekolah.
Katanya, pelajar terbabit bertindak demikian demi tanggungjawabnya sebagai ketua asrama yang memastikan keselamatan penghuni perempuan berikutan tiada warden wanita. “Pelajar terbabit mendakwa sudah lama bersabar melihat pengetua bebas keluar masuk asrama perempuan tanpa mengira masa. “Lebih memalukan pengetua itu ke asrama mulai jam 9 malam hingga 1 pagi berkaraoke bersama beberapa pelajar perempuan kesayangannya.

“Ketua pelajar terbabit turut mendakwa melihat beberapa lelaki luar keluar masuk kawasan asrama pelajar perempuan yang dilarang kepada semua termasuk guru lelaki jika tiada guru wanita bersama,” katanya di sini, semalam. Sumber berkata, ketua pelajar terbabit pernah dihambur pelbagai kata-kata kesat oleh pengetua berkenaan di depan rakan pelajar lain kerana tidak berpuas hati terhadap tindakannya membuat laporan salah laku itu. Sementara itu, pelajar terbabit ketika ditemui di rumahnya, mengesahkan dia digantung dari asrama sejak 17 Mei lalu oleh pengetua dengan alasan membuat laporan tidak berasas. “Alasan diberikan kerana saya suka menjaga tepi kain orang dan membuat laporan tidak berasas.
Namun, saya melaporkan kejadian yang saya lihat sendiri berlaku di asrama.
“Mengikut arahan diterima, saya direhatkan daripada menduduki asrama mulai 17 Mei lalu sehingga ke tarikh diberitahu kelak,” katanya. Gadis itu berharap dapat kembali tinggal di asrama sekolah kerana beliau akan menghadapi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akhir tahun ini. Sementara itu, ibunya yang enggan namanya disiarkan, berharap anaknya dapat kembali ke asrama untuk memudahkan membuat persiapan menghadapi STPM akhir tahun ini.
“Mana saya nak cari duit untuk perbelanjaan dia berulang alik ke sekolah. “Saya berharap Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan memberi perhatian kepada kes ini supaya anak saya kembali belajar dengan tenang tanpa sebarang tekanan,” katanya.

Post a Comment

6 Comments

Muallim Adham said…
Memang tidak patut... Sepatutnya asrama perempuan adalah tempat larangan mutlak bagi semua org lelaki.. termasuk warden lelaki, guru lelaki dan semua la apa2 je lelaki..

melainkan darurah, seperti ada org nak baiki asrama ke, tndas tersumbat ke.. tu pon mesti ada warden perempuan atau cikgu perempuan yang menjaganya..

kalo pengetua sendiri macam ni.. hancur la...
Tirana said…
Harapkan pagar, pagar makan padi....Ibubapa mengharapkan guru besar dan guru-guru mendidik anak-anak sebaik mungkin tapi kalau gurubesar sendiri dah ambil kesempatan macam ni..tentulah ibubapa merasa was-was tentang keselamatan anak-anak mereka di sekolah.
IMANSHAH said…
Salam..tk kerana sudi juga follow blog ambo..semoga dapat bertukar2 cerita tentang pendidikan..
Muallim Adham said…
slm semua... kepada Imansyah... selamat bertukar2 cerita heh heh.. kawe setakat ni x ada hajat nk kembali ke MCKK sebagai ckg...

to Tirana.. erm org2 sebeginilah yg menconteng arang kepada guru2 lain... org sebeginilah yg menjatuhkan maruah semua guru
SUARA RAKYAT said…
Salam.. Murid tidak akan sanggup mmereka-reka cerita, kerana murid adalah mentimun. Kerana kejadian, memang benar-benar belaku, maka murid itu buat laporan. Jabatan pelajaran mesti siasat kejadian ini. Sebab guru seumpama ini tidak perlu ada dalam sistem pendidikan kita. Tolong nasihatkan pelajar itu buat laporan terus ke jabatan pendidikan yang terdekat, jika takut tolong temankan.
Muallim Adham said…
yap laporan dah dibuat.. sebab laporan dibuatlah maka cerita sebegini tersebar dalam akhbar..

tu kita tidak tahu kejadian2 lain.. mungkin byk lagi kes sedemikian yang tidak dilaporkan di luar sana.. ayuh la semua rakan guru dan semua lapisan msykt, kita kena bersatu padu utk mengelakkan kejadian sebegini di tempat kita