Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat kawe smua.. Semasa imbas-imbas kembali gambar-gambar kawe semasa belajar dulu, kawe teringat pula kepada zaman kawe 3 tahun sebagai Pegawai Kadet (PK) di UPSI. Masa tu memang sangat indah dan tak bleh nak lupakan huhuhuu.. ada kenangan, manis, pahit, masin, masam dsb nya la... Gambar di atas adalah gmbar semasa kawe membuat pertunjukkan tempur tanpa senjata (TTS) semasa perasmian PALAPES UPSI pada 2006.
Semasa tahun akhir sebagai PK, kami semua akan mengadakan Pra-Mess Night Pegawai Kadet. Ini adalah sebagai persediaan untuk mengadakan Mess Night sebelum kami meninggalkan alam Pegawai Kadet heh heh heh.. Namun sayang, setelah ditauliahkan sebagai Lt.M, kawe tak dapat menghadiri Makan Malam Rejimental tersebut disebabkan menghadiri Perkhemahan akademik Pendidikan Luar Sains Sukan di UPSI.
Ini pulak gamabar yang paling kawe suka heh heh heh semasa perjalanan ke Gurun, Kedah. Masa ni kami akan menjalani latihan menembak di Gurun. Sangat menyeronokkan bila dapat menembak. Pada tahun sebelumnya kami telah didedahkan dengan pengendalian M16. Maka pada kali ini kami didedahkan dengan senjata bantuan sepeerti LMG, GPMG, M203 dsb.
Dan ini pula saat mnyeksakan semasa Anual Camp Palapes senior.. Masa ni kami kena gali kubu sedalam 5 kaki.. Tak mandi 2-3 hari tu biasa la.. tengok la macammna rupa kawe dan member kawe hah hah hah.. mmg comot dan kotor.. tapi memang penat dan menyeksakan
6 Comments
Nampak segak bebaju hijau celoreng. Salah profesion ke cikgu?
Kirana, kalo cikgu Adham dah pandai cakap iban, malulah saya, saya tak pandai lg nie cakap iban..huhu....