GULP GELINYA...
Itulah ungkapan sahabat kawe bila memasuki pasar di Kapit. Namun suasana ini adalah biasa di Kapit. Suasana pasar di Sarawak amat berbeza dengan di Semenanjung Malaysia. Kawe cuba meninjau sekeliling pasar dan amat teruja kerana terdapat banyak benda pelik yang dijual. Namun ini hanyalah menceritakan pengalaman kawe semasa di Kapit. Sebagai umat Islam, kita mesti menjaga pemakanan kita dan mesti memastikan makanan kita adalah halal.
Pada kali ini kawe mengambil gambar beberapa benda pelik yang dijual heh heh heh seperti ulat sagu, katak dan ular sawa. Biasanya binatang exotik ini menjadi rebutan untuk dimsak oleh warga tempatan.
Kawe bertanyakan bebrapa sahabat tempatan di Kapit. Mereka mendakwa ular sawa memang enak dimakan untuk kesihatan kerana dagingnya yang bewarna putih mempunyai kurang kolestral. Mereka menambah lagi bahawa ular sawa paling best bila dimasak kicap dengan memasukkan lebih bawang putih.
Begitu juga dengan katak dan ulat heh heh heh.. sekali tengok memang rasa geli. Tetapi bila dah selalu ke pasar, semua keadaan ini dah jadi kebiasaan. kawe begitu seronok la bila dapat melihat kebudayaan masyarakat di sini yang begitu berbeza dengan tempat kawe.
17 Comments
Cikgu dah berapa lama kat kapit?