Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
"Tiada yang diimpikan suami melainkan merindukan untuk menjadi saksi di hari perhitungan kehadiran isterinya yang solehah, yang sentiasa menghiburkan hati suami. Keredhaan suami sentiasa bersamanya & keredhaan Allah juga menaungi hidupnya"
Bersihkan akal, Sucikan hati, Murnikan jiwa.
Rasulullah SAW tidak diutus untuk membina bangunan, tetapi baginda diutus untuk membina hati umatnya, membersihkan jiwa umatnya... maka lahirlah umat yang gemilang...
Sebagai Ketua keluarga, Allah akan lihat 3 perkara sebagai indicator kejayaan kita mendidik anak-anak;
1) Sudahkah anak mentauhidkan Allah?
2) Adakah anak-anak berbuat syirik kepada Allah?
3) Apakah didikan yang diberi membuatkan anak taat kepada Allah dan RasulNya?
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Kita kena yakin jika pasangan kita mencintai Allah, pasti kita dan pasangan kita akan disatukan semula. Jika tidak, relakan perpisahan itu. La Tahzan. Sesuatu yg tidak bermanfaat pasti tidak boleh memudaratkan.
"Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."
"Wahai Tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."
"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian Engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal Engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik." "Wahai Tuhan kami, Engkaulah Penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongna. Wahai Tuhan kami, Engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan kami, bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."
"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada Tuhan bagi kami melainkan Engkau demi kebesaran Wajah Engkau dan Kemuliaan Kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah."
"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimanaKamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan Kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."
"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat memngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".( Riwayat Muslim )
Mendapat pasangan hidup yang soleh/solehah, zuriat penyejuk hati,sahabat yang solihin.
Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan.
Sabda Nabi: "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang:Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negeri sendiri." (Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a).
Isteri atau suami yang baik membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Anak-anak yang baik akan terus memberi manfaat setelah kematian kita. Pahala amalan baiknya hasil didikan kita dan doa mereka akan terus mengalir kepada kita. Sahabat yang baik akan membawa kita kepada jalan hidup yang selamat. Mereka tempat kita berkongsi masalah dan kegagalan, bukan hanya berkongsi senang dan kejayaan.
"bahawa orang yang kita sayang boleh dicari jika kehilangan seseorang, tetapi maruah seorang perempuan jika sekali sudah hilang berjuta intan dan emas pun tidak dapat menggantikannya"...
"wahai muslimin, jauhilah zina kerana perlakuan itu mendatangkan tiga keburukan iaitu tiga di dunia dan tiga di akhirat. Tiga di dunia itu ialah hilangnya seri diwajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat adalah murka Allah, hisab yang buruk dan azab neraka" (HR Ahmad,Ibn Hibban dan alhakim)
Umpama Bebunga Yang Mekar Indah Di Taman,
Akhlak Yang Mulia Pada Insan,
Harum Mewangi Menghias Peribadi,
Siapa Memandang Jatuh Hati
Ya Allah, aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak berguna, daripada hati yang tidak pernah khusyuk, daripada mata yang tidak pernah mengalirkan air mata keinsafan, daripada hati yang tidak pernah kenyang dan puas menuntut tuntutan hawa nafsu dan syaitan, serta daripada doa yang tidak pernah diperkenankan olehMu.
Berikanlah kepadaku kebolehan untuk memahami rahsia sesuatu, sebagaimana yang Kau berikan kepada orang-orang yang mancapai martabat arifin, anugerahkanku kefahaman ambiak serta berkat kemuliaan khatamul al-mursalin.
Poster Tayangan Rancangan DidikTV KPM berkenaan tajuk ini, Bismillah. Di antara peke…
Bismillah. Hukum Linear merupakan satu tajuk yang agak teknikal dalam kertas Matemat…
Y.A.D. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir ( S.S Dato' Seri Utama Diraja Muft…
Terima Kasih sahabat guru yang awesome meraikan bersama detik ini. Bismillah. Sambuta…
Alhamdulillah saya diberi peluang untuk kali kedua bersama DidikTV KPM bagi tajuk Pe…
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya telah mengemaskini perpustakaan maya ini y…
Sepanjang PKP 2021 ni, saya dipenuhi dengan banyak program bersama #CikguJuaraDigita…
Bismillah, saya berpeluang untuk menyertai bengkel di dalam talian bertajuk "Boos…
Karnival STEM ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Sains Matematik …
Gadis Iban dengan pakaian tradisi Sepanjang perkhidmatan BeyMad selama 5 tahun di Ka…
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)
Social Media